http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Followers

Monday, August 3, 2015

KATA HUBUNG

Latihan

Isi  tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Kamal menangis tersedu-sedu __________ dipukul oleh abangnya.
   A.     supaya                C. hingga
   B.    kerana                D. sementara

2 ________________ suaminya meninggal dunia, Puan Aini selalu bersedih.
   A.     sementara            C. semenjak
   B.    walaupun             D. sebab

3 Petani itu tekun membajak sawahnya dari pagi _____________ ke petang.
   A.     hingga
   B.    apakala
   C.    melainkan

4 ______________ demam, dia tidak dapat hadir ke sekolah pada petang ini.
   A.     Apabila                C. Oleh kerana
   B.    Walaupun            D. Sungguhpun

5 Penduduk kampung itu terpaksa bekerja bertungkus-lumus _____________ menyara keluarganya.
   A.     supaya
   B.    sebab
   C.    untuk                                     

6 Pak Karim berbual-bual kosong ___________ menunggu ketibaan para jemputan.
   A.     Sambil                C,  sementara
   B.    Manakala            D.  apakala

7 Kakinya calar-balar, ____________ matanya pula bengkak disengat tebuan.
   A.     Manakala            C.  lalu
   B.    Sambil                D.  dan

8 Badar terperanjat ___________ mendengar berita tentang kematian neneknya yang disayangi.
   A.    apabila
   B.    sambil 
   C.    jika

9 “Datanglah ke rumah saya _____________ ada kelapangan,”  kata Sidik.
   A.     kalau                
   B.    Kecuali
   C.    Setelah

10 Jutawan itu bukan sahaja sombong ___________ kedekut pula orangnya.
   A.    Dan
   B.    Tetapi
   C.    Malahan
   D.    manakala

Saturday, August 1, 2015

AYAT PASIF

Latihan  tukar ayat aktif kepada ayat pasif.
  1. Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek penternakan ikan tawar.
  2. Beberapa orang pekerja  sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu.
  3. Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap  peragut yang menyebabkan kematian seorang wanita yang mengandung.
  4. Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati.
  5. Kini kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan   setelah menjalani  kursus  industri  kecil dan sederhana anjuran MARA.
  6. “Saudara perlu segera menghadiri temu duga itu jika hendak mendapat pekerjaan itu,” kata kerani itu kepada saya.
  7. Saya telah menerima surat pelantikan  sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu.
  8. Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan.
  9. Saya telah memasak lauk ikan  untuk ayah.
  10. Setelah membuat segala persiapan,  kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di  luar  dewan .
  11. Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan dengan segera.
  12. Selain berbuat bising,  pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar di dalam kelas.

Monday, July 27, 2015

SIMPULAN BAHASA

Latihan : Simpulan Bahasa

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang berikut.

  baik sangka             anak angkat             angkat kaki             alas perut
  bahasa dalam          bekas tangan           cabut nyawa
  durian runtuh            mencari jalan            beri muka


1. Pagi tadi  Meng Seng ....................sebelum pergi Kuala Lumpur.
2. ....................Pak Cik Ismail menjadi doktor gigi.
3. Apabila pegawai penguatkuasa datang ke tempat itu, semua penjaja yang tidak tidak berlesen ...................
4. Perkataan santap, gering dan beradu merupakan ........................
5. Orang tua selalu ..........................dengan semua orang.
6. Inilah manuskrip ..........................pengarang yang terkenal itu.
7. Ayahnya terlalu ...........................kepada anak lelakinya, akhirnya dia menjadi budak yang nakal.
8. Perompak itu hendak .......................mangsanya, tetapi hasratnya tidak berjaya bila polis sempat menembaknya.
9. Apabila dia disuruh membuat kerja yang berat, dia selalu ......................
10. Pada hujung tahun semua kaki tangan kerajaan mendapat .....................

Tuesday, May 21, 2013

Caj karaoke di News KTV Jalan Imbi

Baru-baru ni sempat pergi karaoke bersama yang tersayang dan kakak dia di News KTV Jalan Imbi. Saja lepas gian karaoke. Lepas pergi beli anti-virus di Low Yat, kami terus menuju ke sana. Waktu itu dalam jam 5 petang. Sampai di kaunter, pelayan tu cakap ada bilik medium sahaja. Tanpa fikir panjang, kami 'on' je. Bawah ni ada senarai caj karaoke di News KTV Jalan Imbi:

Happy hour (1pm-9pm)
small room : RM20++/ sejam
medium room : RM 30++/sejam
VIP room: RM45++/sejam

Normal hour (9pm-1am)
small room :30++/sejam
medium room: 50++/sejam
VIP room: 70++/sejam

Sunday, January 13, 2013

TEMAN SEBILIK DAN TEMAN SEKULIAH


Hari ini hari aku berehat di rumah. tiba-tiba aku teringatkan 2 orang sahabatku sewaktu aku berada di Pusat Sains Universiti Malaya (PASUM). Seorang teman sebilik, Erleena dan seorang teman sekuliah, Farahin.

Menyingkap kembali pertemuan pertama aku dengan Erleena atau Na panggilku untuknya. Pada hari pendaftaran untuk kolej kediaman, dari jauh aku terlihat seorang gadis memakai baju kurung bewarna pink unggu serasa aku dan berambut lurus beratur di satu sudut. Terlintas di hati aku, bagaimana jika aku sebilik dengannya? Tidak mungkin barangkali. Setelah mendapatkan kunci, aku terus naik ke bilik. Setelah meletakkan barang dan menyusun beg, tiba-tiba aku terlihat gadis tadi memberi salam.Dia! Na yang menjadi teman sebilik aku. Betul telahan hatiku tadi!

Pada mulanya aku menyangkakan dia seorang yang sombong. Al-maklumlah orang hidup di bandar. Tetapi sangkaan aku salah seratus peratus. Na seorang yang sangat lembut peribadinya. Tutur katanya memang sopan dan aku tidak pernah mendengar dia meninggikan suara. Dia teman sebilik yang baik. Aku masih teringat, pada suatu pagi aku bangun lambat untuk ke kuliah dan tidak sempat menggosok baju. Ketika itu dia sedang menggosok baju dan menawarkan dirinya untuk menolong aku menggosok baju. Itulah Na.Rindu pada dia. Dia kini penuntut UPM bahagian perubatan. Memang itu cita-citanya! Menjadi seorang doktor. Semoga berjaya sahabat.




Teman sekuliah??Ha! Farahin. Sahabat baikku semasa aku di PASUM. Seorang yang agak macam 'lurus' tapi jangan main-main tau. Kalau dia marah tahu la bagaimana jadinya nanti. Pertemuan pertama kami??
Semasa hari pertama kuliah di dewan yang padat dengan pelajar, aku ditegur seorang gadis yang memakai baju kurung bewarna pink maroon. "Boleh duduk?" tanya dia padaku. "Kelas mana?" "D1,"jawabku. Tahu tak sebenarnya kami sekelas. Betapa tuhan mahu menemukan ku dengannya.

Sejak itu, ke mana kami pergi pasti bersama. Sehingga dia juga yang menemukan aku dengan seseorang. Seseorang yang kini berada di hatiku. Kerana sahabat baikku ini, aku berjumpa si dia. Ehem-ehem. Berhenti!

Aku paling ingat kegemarannya. Lauk ikan keli sambal dan nasi goreng pattaya. Tapi yang paling penting  air teh 'o' ais. Di mana-mana kedai yang kami singgah makan, itulah air yang akan dipesan. Farahin suka ber'shopping'. Satu yang aku ingat dia tidak memerlukan masa yang lama untuk memilih baju. Sekali pandang dan ada yang berkenan terus dia ambil.
Dia sahabat yang baik. Tidak banyak bunyi jika aku mengajaknya keluar. Kalau aku kering dia belanja dan begitu juga sebaliknya aku. Dia melihat aku menangis. Dia juga saksi yang melihat aku tersenyum selepas zaman 'gelap' ku. Hanya dia yang faham istilah itu. Banyak memori antara kami. Walaupun aku hidup bersamanya cuma setahun tapi persahabatan kami memang erat. Aku takkan melupakan sahabatku yang seorang ini.

Setahun??Ya. Selepas tamat PASUM, aku dan dia terpisah. Dia jauh di Perlis dan aku di Seremban. Berjumpa hanya setahun sekali. Masing-masing punya tugas dan pelajaran yang perlu difokuskan.

Buat sahabatku, Erleena dan Farahin. Anda berdua adalah memori indah dalam hidup saya. Saya minta maaf jika ada tersalah dalam tempoh kita bersama. Walaupun ini bukan raya tapi aku tetap ingin memohon maaf. Terima kasih atas segalanya. Sayang anda berdua. Farahin sahabat baikku, aku takkan lupakan segala yang pernah kita lalui. Pahit, manis semuanya rahsia antara kita. Maafkan aku sahabat.