Latihan
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Kamal menangis tersedu-sedu __________ dipukul oleh abangnya.
A. supaya C. hingga
B. kerana D. sementara
2 ________________ suaminya meninggal dunia, Puan Aini selalu bersedih.
A. sementara C. semenjak
B. walaupun D. sebab
3 Petani itu tekun membajak sawahnya dari pagi _____________ ke petang.
A. hingga
B. apakala
C. melainkan
4 ______________ demam, dia tidak dapat hadir ke sekolah pada petang ini.
A. Apabila C. Oleh kerana
B. Walaupun D. Sungguhpun
5 Penduduk kampung itu terpaksa bekerja bertungkus-lumus _____________ menyara keluarganya.
A. supaya
B. sebab
C. untuk
6 Pak Karim berbual-bual kosong ___________ menunggu ketibaan para jemputan.
A. Sambil C, sementara
B. Manakala D. apakala
7 Kakinya calar-balar, ____________ matanya pula bengkak disengat tebuan.
A. Manakala C. lalu
B. Sambil D. dan
8 Badar terperanjat ___________ mendengar berita tentang kematian neneknya yang disayangi.
A. apabila
B. sambil
C. jika
9 “Datanglah ke rumah saya _____________ ada kelapangan,” kata Sidik.
A. kalau
B. Kecuali
C. Setelah
10 Jutawan itu bukan sahaja sombong ___________ kedekut pula orangnya.
A. Dan
B. Tetapi
C. Malahan
D. manakala
Monday, August 3, 2015
Saturday, August 1, 2015
AYAT PASIF
Latihan tukar ayat aktif kepada ayat pasif.
- Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek penternakan ikan tawar.
- Beberapa orang pekerja sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu.
- Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap peragut yang menyebabkan kematian seorang wanita yang mengandung.
- Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati.
- Kini kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan setelah menjalani kursus industri kecil dan sederhana anjuran MARA.
- “Saudara perlu segera menghadiri temu duga itu jika hendak mendapat pekerjaan itu,” kata kerani itu kepada saya.
- Saya telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu.
- Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan.
- Saya telah memasak lauk ikan untuk ayah.
- Setelah membuat segala persiapan, kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di luar dewan .
- Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan dengan segera.
- Selain berbuat bising, pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar di dalam kelas.
Monday, July 27, 2015
SIMPULAN BAHASA
Latihan : Simpulan Bahasa
Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang berikut.
baik sangka anak angkat angkat kaki alas perut
bahasa dalam bekas tangan cabut nyawa
durian runtuh mencari jalan beri muka
|
1. Pagi tadi Meng Seng ....................sebelum pergi Kuala Lumpur.
2. ....................Pak Cik Ismail menjadi doktor gigi.
3. Apabila pegawai penguatkuasa datang ke tempat itu, semua penjaja yang tidak tidak berlesen ...................
4. Perkataan santap, gering dan beradu merupakan ........................
5. Orang tua selalu ..........................dengan semua orang.
6. Inilah manuskrip ..........................pengarang yang terkenal itu.
7. Ayahnya terlalu ...........................kepada anak lelakinya, akhirnya dia menjadi budak yang nakal.
8. Perompak itu hendak .......................mangsanya, tetapi hasratnya tidak berjaya bila polis sempat menembaknya.
9. Apabila dia disuruh membuat kerja yang berat, dia selalu ......................
10. Pada hujung tahun semua kaki tangan kerajaan mendapat .....................
Subscribe to:
Posts (Atom)