http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Followers

Sunday, January 13, 2013

TEMAN SEBILIK DAN TEMAN SEKULIAH


Hari ini hari aku berehat di rumah. tiba-tiba aku teringatkan 2 orang sahabatku sewaktu aku berada di Pusat Sains Universiti Malaya (PASUM). Seorang teman sebilik, Erleena dan seorang teman sekuliah, Farahin.

Menyingkap kembali pertemuan pertama aku dengan Erleena atau Na panggilku untuknya. Pada hari pendaftaran untuk kolej kediaman, dari jauh aku terlihat seorang gadis memakai baju kurung bewarna pink unggu serasa aku dan berambut lurus beratur di satu sudut. Terlintas di hati aku, bagaimana jika aku sebilik dengannya? Tidak mungkin barangkali. Setelah mendapatkan kunci, aku terus naik ke bilik. Setelah meletakkan barang dan menyusun beg, tiba-tiba aku terlihat gadis tadi memberi salam.Dia! Na yang menjadi teman sebilik aku. Betul telahan hatiku tadi!

Pada mulanya aku menyangkakan dia seorang yang sombong. Al-maklumlah orang hidup di bandar. Tetapi sangkaan aku salah seratus peratus. Na seorang yang sangat lembut peribadinya. Tutur katanya memang sopan dan aku tidak pernah mendengar dia meninggikan suara. Dia teman sebilik yang baik. Aku masih teringat, pada suatu pagi aku bangun lambat untuk ke kuliah dan tidak sempat menggosok baju. Ketika itu dia sedang menggosok baju dan menawarkan dirinya untuk menolong aku menggosok baju. Itulah Na.Rindu pada dia. Dia kini penuntut UPM bahagian perubatan. Memang itu cita-citanya! Menjadi seorang doktor. Semoga berjaya sahabat.




Teman sekuliah??Ha! Farahin. Sahabat baikku semasa aku di PASUM. Seorang yang agak macam 'lurus' tapi jangan main-main tau. Kalau dia marah tahu la bagaimana jadinya nanti. Pertemuan pertama kami??
Semasa hari pertama kuliah di dewan yang padat dengan pelajar, aku ditegur seorang gadis yang memakai baju kurung bewarna pink maroon. "Boleh duduk?" tanya dia padaku. "Kelas mana?" "D1,"jawabku. Tahu tak sebenarnya kami sekelas. Betapa tuhan mahu menemukan ku dengannya.

Sejak itu, ke mana kami pergi pasti bersama. Sehingga dia juga yang menemukan aku dengan seseorang. Seseorang yang kini berada di hatiku. Kerana sahabat baikku ini, aku berjumpa si dia. Ehem-ehem. Berhenti!

Aku paling ingat kegemarannya. Lauk ikan keli sambal dan nasi goreng pattaya. Tapi yang paling penting  air teh 'o' ais. Di mana-mana kedai yang kami singgah makan, itulah air yang akan dipesan. Farahin suka ber'shopping'. Satu yang aku ingat dia tidak memerlukan masa yang lama untuk memilih baju. Sekali pandang dan ada yang berkenan terus dia ambil.
Dia sahabat yang baik. Tidak banyak bunyi jika aku mengajaknya keluar. Kalau aku kering dia belanja dan begitu juga sebaliknya aku. Dia melihat aku menangis. Dia juga saksi yang melihat aku tersenyum selepas zaman 'gelap' ku. Hanya dia yang faham istilah itu. Banyak memori antara kami. Walaupun aku hidup bersamanya cuma setahun tapi persahabatan kami memang erat. Aku takkan melupakan sahabatku yang seorang ini.

Setahun??Ya. Selepas tamat PASUM, aku dan dia terpisah. Dia jauh di Perlis dan aku di Seremban. Berjumpa hanya setahun sekali. Masing-masing punya tugas dan pelajaran yang perlu difokuskan.

Buat sahabatku, Erleena dan Farahin. Anda berdua adalah memori indah dalam hidup saya. Saya minta maaf jika ada tersalah dalam tempoh kita bersama. Walaupun ini bukan raya tapi aku tetap ingin memohon maaf. Terima kasih atas segalanya. Sayang anda berdua. Farahin sahabat baikku, aku takkan lupakan segala yang pernah kita lalui. Pahit, manis semuanya rahsia antara kita. Maafkan aku sahabat.


No comments:

Post a Comment