http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Followers

Thursday, January 10, 2013

ELAUN PELATIH PRA PERKHIDMATAN 2013




Tadi semasa kelas KHB, pensyarah saya memberitahu bahawa pelatih IPG dikategorikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dalam sistem perkhidmatan awam. Di sini saya ingin kaitkan dengan kenaikan elaun guru pelatih dalam bajet 2013. Terlebih dahulu, cuba teliti artikel di bawah. Artikel ini saya ambil daripada sumber  http://mediawangsamaju.blogspot.com/2012/09/bajet-2013-konsolidasi-fiskal-dan.html

Kerajaan turut memberi perhatian untuk meringankan beban kos sara hidup bagi pelatih-pelatih yang mengikuti kursus pra perkhidmatan di peringkat ijazah, diploma dan sijil. Dengan ini, Kerajaan bersetuju menaikkan kadar elaun pra perkhidmatan yang melibatkan 31,135 pelatih.

Skim perkhidmatan yang terlibat adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Farmasi, Juru X-Ray, Jururawat, Jururawat Pergigian, Jurupulih Perubatan, Juruteknologi Makmal Perubatan, Juruteknologi Pergigian, Jururawat Masyarakat, Pembantu Kesihatan Awam dan Pembantu Pembedahan Pergigian. Untuk ini, sebanyak 84.2 juta ringgit akan disediakan.”

Sudahkah anda teleliti keratan di atas?? Apa pendapat anda. Kemungkinan besar, elaun guru pelatih bagi tahun 2013 juga akan dinaikkan. Itu hanya kemungkinan. Tadi di kelas juga saya mendengar cerita daripada seorang sahabat mengatakan elaun pelatih SPA bahagian perubatan dinaikkan. Saya juga ada membaca artikel bahawa elaun jururawat yang masih dalam pra perkhidmatan juga dinaikkan. Tidak mustahil elaun pelatih IPG juga dinaikkan.

Walau apapun, sebagai seorang guru pelatih kita sepatutnya bersyukur dengan elaun yang diberi selama ini.   Jika kadarnya dinaikkan, alhamdulillah. Masuk ke IPG bukan hanya untuk mengharapkan elaun tetapi berdasarkan niat mahu menjadi pendidik anak bangsa. Itu yang sepatutnya .

No comments:

Post a Comment