http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Followers

Monday, August 27, 2012

Untuk dia

Sebelum pulang ke Sarawak:

Aku menemani dia sahur dan berbuka. Bersama-sama ke bazar tok membeli juadah berbuka.
 "B jgn beli kuih banyak2, nnti membazir." Dia tersenyum mendengar aku membebel. Macam mak orang dah.
Menemani dia mengharungi kepadatan dan keriuhan di Jalan TAR hanya untuk membeli sepasang baju Melayu. " B nak beli baju Melayu cam mane?".
"Tak nak la baju Melayu tu b. Macam penari kebudayaan." Dia membuat muka masam mencuka tatkala aku ketawa memikirkan dia sebagai penari kebudayaan. Ok what!

Pada malam itu juga dia membawa sekotak kek yg berisi kek yang sudah cair. Secret Recipe tu. Pada mulanya aku sedih kerana apa yang aku harapkan tidak seperti apa yang ada di depan mata. Tapi apabila mengenangkan dia cuba membuat 'suprise' tok aku sehingga hampir dilanggar kereta aku menyesal dan berterima kasih pada dia. Aku tahu dia cuba hendak membuat yang terbaik tok hari jadi aku. Terima kasih b.
Aku mendengar dia bermain gitar sambil menyibuk menyanyi walaupun suaraku kedengaran sumbang. " B suka lagu raya yang mana?" Dia bertanya. Masih aku ingat lagi segalanya.

Malam sebelum dia pulang ke Sarawak aku membantu dia berkemas. Mencuci baju dia yang masih belum dicuci, melipat dan menyusun semua baju ke dalam beg. Sedih mengenangkan dia akan pulang ke Sarawak walaupun tok seminggu berhari raya. Aku tahu dia akan pergi!! Aku dapat merasakannya. Sumpah aku bisa merasakan dia akan hilang dari pandangan aku! Tiada lagi kenangan yang bisa aku dan dia ciptakan. Aku tahu hati dia akan berubah namun aku tetap berbisik pada hatiku dengan mengatakan dia akan berada bersamaku selamanya.Yang pasti aku akan merindui setiap saat bersama-sama dia. Bergurau senda, menangis, berlapar, sakit, duka segala-galanya.

Di Sarawak:
Seminggu sebelum raya, hubungan kami seperti biasa walaupun terdapat sedikit perselisihan faham. Aku cuba mengerti bahawa dia jauh di tempat orang. Kami saling merindui dan meluahkan segalanya melalui telefon dan fb. Indah! Pada malam raya ,dia menelefon aku dan menyanyikan lagu raya untuk aku melalui corong telefon. Kami saling bermaafan. Itulah dia yang suka menghiburkan aku dengan nyanyian dan lawak jenakanya.
Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Pada malam hari raya pertama , aku sudah tidak dapat menghubungi dia lagi melalui telefon bimbitnya. Segalanya sudah lenyap. Igauan aku menyatakan dia akan pergi, kini sudah menjadi kenyataan. Aku cuba menghubungi dia melalui abang dan kakaknya, namun sia-sia. Aku bisa bercakap dengannya tapi bukan dia yang aku kenal. Bukan dia!Dia seperti tidak mengenali aku! Sekelip mata dia berubah!

Selepas pulang ke Sarawak:
Aku mengharapkan dia akan kembali padaku seperti biasa. Tapi semuanya tinggal harapan. Tatkala aku perlu meneruskan tugasanku jauh di Pahang sebagai guru pelatih, dia juga jauh meninggalkan aku. Aku masih ingat janji dia mahu menunggu aku di stesen bas setelah aku pulang dari Pahang. Tetapi kini pelbagai alasan yang diberi untuk mengelak menemui aku. Hancur hatiku berkeping-keping jadinya.

Buat dia di sini aku ingin coretkan rasa hatiku buatmu.
B orang tahu awak takkan dengar setiap bait perkataan yang orang tuturkan buat awak. Tapi awak perlu tahu sakitnya hati orang ni hanya Tuhan yang tahu. Bila orang bangkitkan pasal kenangan kita awak kata semua tu dah lapuk! Hina sungguh rasanya. KLCC, Genting, Melaka, PD semuanya mana b??? Mana???B awk pergi tak sampai seminggu awak sanggup meluahkan kata seperti tu pada orang??

Aku tahu aku perlu pergi. Aku tahu aku perlu pergi dari hidup dia. Aku akan pergi. Air mata ku akan terus menitis hingga satu saat nanti aku akan berhenti. Aku tahu aku perlu menangis walaupun ramai di keliling ku mengatakan aku tidak perlu menangis untuk lelaki sepertinya. Kalau aku di tempat mereka aku juga akan mengatakan perkara yang sama. Tapi aku manusia biasa. Aku tidak sekuat mana.

Aku akan menangis untuk dia yang dah pergi dan aku tahu aku takkan temui dia lagi. Aku menangis untuk kenangan yang dah kami ciptakan bersama. Aku menangis untuk pengorbanan dan masa yang sudah dia luangkan untuk aku suatu masa dahulu walaupun pengorbanan yang dibuat tidak setanding pengorbanan orang tuaku. Itu sudah tentu. Walaupun aku berkasih tetapi aku tahu ibu bapa merupakan insan yang teratas dalam hidupku dan pengorbanan mereka tiada tandingan. Aku menangis kerana terkilan dengan kata-kata bisa yang dilemparkan seolah-olah dia tidak mengenali ku sebagai kekasihnya. Seolah-olah aku telah melakukan kesalahan yang begitu besar. Aku menangis kerana aku perlu pergi dan meneruskan cita-citaku tapi dia??? Masa depannya??? Aku sedih memikirkan nasibnya kerana aku sudah merasakan bahawa dia sudah menjadi sebahagian daripada hidupku.

Dulu aku bertekad untuk menggenggam dan membawanya hidup berjaya seperti aku tapi pabila mengingatkan kata-katanya aku rasa aku perlu pergi. “Kau tak boleh bagi aku apa-apa. Sepanjang aku kenal kau tak ada apa yang aku boleh dapat!” Aku dah tak bermakna dalam hidup dia lagi. Pergi la Miza. Pasti ada yang lebih baik menantimu.Usah dinanti orang ang tidak mengenang jasa dan budimu. Selamat tinggal sayang! Selamat tinggal cinta! Cinta!