http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Followers

Wednesday, September 19, 2012

ANALISIS PERBANDINGAN FORMAT PENULISAN RENCANA DAN BERITA

   
RENCANA
BERITA
TAJUK RENCANA
Terletak di bahagian paling atas teks. Tajuk rencana ditulis dalam huruf kecil semuanya kecuali pangkal frasa. Dibawah tajuk akan ditulis nama pengarang.

TAJUK BERITA
Terletak di bahagian paling atas teks. Tajuk rencana ditulis dalam huruf kecil semuanya kecuali pangkal frasa. Terdiri daripada tida atau empat perkataan sahaja. Kadang kala taju ditulis dengan cara yang sensasi untuk menarik perhatian pembaca.

PENDAHULUAN
Merupakan bahagian pengenalan dalam sesuatu rencana. Bahagian ini penting dan seharusnya dapat menarik minat dan menimbulkan perasaan ingin membaca rencana itu sehingga akhir.Untuk menarik minat pembaca, bahagian pengenalan rencana boleh dimulakan dengan unsur-unsur yang menarik seperti data, madah, peribahasa, persoalan, kecindan dan sedutan kata-kata.

PEMBUKAAN BERITA
Biasanya terdiri daripada dua perkara iaitu nama, tempat dan tarikh. Nama tempat ditulis dalam huruf besar kesemuanya. Nama tempat pada bahagian pembukaan berita bukanlah menunjukkan tempat spesifik berlakunya kejadian tetapi itu adalah nama bnadar, daerah atau mukim tempat yang dilaporkan.Selepas nama tempat diikuti tarikh peristiwa yang tidak disertakan tahun. Tarikh merupakan fakta penting untuk menentukan berita terkini atau berita yang lewat dilaporkan. Selepas tarikh ada satu tanda sempang.

TUBUH RENCANA
Tubuh rencana boleh dibahagikan kepada beberapa perenggan yang dapat merangkumi keseluruhan tema rencana. Perenggan-perenggan ini merupakan perkembangan kepada tema rencana. Perkembangan ini boleh dilakukan melalui ilustrasi seperti menggunakan angka, fakta,carta ,rajah dan sebagainya. Ilustrasi ini bertujuan menyokong idea dan pendapat penulis. Ilustrasi ini juga menjadikan sesebuah rencana itu menarik dan mudah difahami.

KANDUNGAN BERITA
Bermula selepas tanda sempang. Isi kandungan berita ada bermacam-macam bergantung pada jenis berita. Kandungan berita dimulakan dengan satu perenggan pengenalan. Perenggan pengenalan disusun dalam satu ayat sahaja dengan cara yang jelas, mudah dan menarik. Seterusnya diikuti dengan perenggang-perenggan isi yang melaporkan peristiwa secara terperinci. Jumlah perenggan tidak tetap. Bahagian ini memperincikan peristiwa yang berlaku hingga ke akhirnya.

PENUTUP RENCANA
Bahagian ini memenuhi perasaan ingin tahu dan seterusnya menimbulkan rasa puas hati dalam kalangan pembaca kerana semua persoalan dan maklumat telah diketengahkan. Untuk mencapai tujuan ini penulis biasanya boleh merumuskan isi-isi penting atau membuat kesimpulan tentang penulisan yang berkenaan.

Penutup berita termasuk dalam kandungan berita.


Wednesday, September 5, 2012

termenung






Di dalam kelas aku termenung keseorangan. Memikirkan tindak-tanduk aku sebelum ini. Memikirkan gambaran dan coretan cinta yang telah kuciptakan. Pelbagai rasa bermain di fikiran. Kahwin muda?? nikah gantung?? Kerja?? Belajar?? Ibu bapa?? Sikap si dia?? Duit?? Couple??Hah! semuanya bisa membuat aku gila.

Couple banyak menimbulkan maksiat. Sampai ada yang pernah berkata padaku, " Kahwin bukan untuk mengelakkan maksiat tapi sebab dah tak larat buat maksiat!" Hah?? Ya Allah ,sampai macam tu sekali. Bila cakap pasal kawin, memang la seronok. Segalanya halal. Tapi mampukah dia? Mampukah aku? Ramai yang berpendapat semua bergantung pada rasa tanggungjawab. Bagiku kalau dia memang diciptakan untukku, segalanya pasti akan berjalan lancar walaupun ombak dan badai itu tetap melanda. Itu rencah hidup berpasangan.

Pendapat ibu bapa dan restu mereka juga perlu difikirkan. Jangan sekali diabaikan. Kalau ibu bapa tidak bersetuju,berbincang dan pujuklah mereka. Tetapi bagaimana?? Aku sendiri belum pernah 'slow talk' dengan kedua ibu bapaku. Takut. Takut terhadap penerimaan mereka terhadap dia. Aku tahu dia tidak sempurna. Tidak mungkin dia akan menjadi calon pilihan kedua ibu bapaku. Tetapi aku yang merasa. Aku yang merasa keduanya. Antara kasih ibu bapa dan cinta si dia. Kedua-duanya penting dan berharga buatku. Aku bagai tersepit antara kasih dan cinta.

Aku tidak akan sesekali lupa jasa kedua-dua ibu bapaku. Apabila aku sudah bekerja, duit belanja perlu aku titipkan buat mereka. Aku tidak akan lupa! Mereka yang telah membesarkanku, membanting tulang 4 kerat untuk menhantarku ke sekolah, berkorban apa yang ada untuk memastikan anak-anaknya berjaya dan tidak hidup susah seperti mereka.

Aku sayang dia. Banyak memori telah kami ciptakan bersama. Tetapi yang merisaukan aku kegilaannya. Gila?? Dia tidak pernah serius. Kadang-kadang dia melayan aku seperti seorang puteri. Kadang-kadang juga dia melayankan seolah-olah dia tidak mengenali siapa aku. Seolah-olah aku bukan siapa-siapa untuknya!Itu yang membuatkan aku berasa yang aku perlu berfikir. Berfikir tentang keputusan yang perlu aku buat. Aku tidak boleh hidup tanpanya tetapi aku juga tidak mahu menderita. Menderita di kemudian hari kerana dia. Aku harap dia boleh berubah sebelum aku melangkah pergi