Kesuraman
malam tanpa kerdipan bintang. Sesuram jiwaku ini. Dirundum sepi keseorangan. Hanya
terdengar bunyi cengkerik memecah kesunyian. Peneman dan penghibur setia kala
malam. Aku terlihat sepasang kekasih. Begitu jelas kegembiraan di wajah mereka.
Teringat daku pada peristiwa lalu. Aku juga pernah merasa bahagia seperti
mereka.Tapi itu dulu. Kini hanya tinggal aku dan kenanganku.
Perlukah aku menangis?? Bahagiakah aku
tanpa dia?? Deritakah aku tanpa bayangnya?? Bercampur baur perasaanku, terbuku
menjadi satu
.
“Selamat pagi sayang! Tidur lagi ke??
Anak dara tak elok tidur lama-lama. ”
“Kita dah bangunla. Pandai je
tuduh-tuduh kita.”
Itulah halwa telingaku saban pagi.Aku membahasakan diriku ‘kita’
padanya. Tapi itu dulu bukan kini. Rindukah aku padanya?? Soalan itu aku tanya
berulang-ulang kali pada diriku. Tapi tidak kutemu jawapannya.
Dulu dialah segalanya bagiku. Selepas
keluargaku, keutamaanku hanyalah dia. Hanyalah dia. Kucurahkan rasa kasih dan
sayang sepenuh jiwa. Air di lautan belum tentu dapat menggantikan rasa kasih
yang telah kuberikan padanya.
Kata orang, cinta itu buta dan boleh
membutakan. Tapi aku kurang bersetuju. Cinta itu mempunyai mata. Mata hati yang
menjadikan cinta itu tidak buta. Pabila insan itu tidak punya mata hati,
butalah cintanya. Tergapai-gapailah insan itu umpama puing-puing di lautan
dalam kegelapan cinta yang diciptakannya sendiri. Padaku cinta itu jika diberi
nyawa dan roh padanya, akan hiduplah ia selama-lamanya. Secangkir rindu, secawan
kesetiaan, sekukuh kayu meranti kasih sayang, selaut kejujuran dan sesuci kain
putih keikhlasan. Itulah rencah-rencah percintaan. Itulah yang pernah aku
praktikkan dahulu.
“Sayang tengah buat apa? “
“Kita tengah siapkan teks untuk
pengacaraan majlis esok. “
“Oh! Buat yang terbaik. Fiz tahu awak
mampu buat. Awakkan Hebat. “
“Terima kasih Fiz. “
Itulah kata-kata semangat yang diberi
padaku tanpa aku pinta. Itulah yang kudambakan daripadanya saban waktu.
Penyunting semangat untukku melangkah jauh meneruskan cita-citaku. Aku dan dia
umpama irama dan lagu. Serbuk kopi dan susu. Walaupun serbuk kopi itu hitam dan
pahit tetapi bertemu susu yang putih dan manis, ianya berubah menjadi minuman
yang cukup digemari ramai. Itu dulu bukan kini.
“ Kita putus! Teruskanlah hidup kau
tanpa aku. Aku ini tak sehebat kau. Belajar pun tak setinggi mana. Aku hanya
mampu medongak ke atas memandang kau yang jauh lebih tinggi daripada aku. Aku
memang tak layak untuk kau! Mungkin ada insan yang lebih setanding berada di
sisi kau berbanding aku yang hina ini. Aku tidak mampu memberikan kau apa-apa!“
Masih terngiang-ngiang kata-kata itu
di telingaku. Bagai guruh yang berdentum dan petir yang menyambar. Gugur air
mataku seperti turunnya rintikan hujan tatkala petir dan kilat
sambung-menyambung. Ketika aku bersama-sama dia, aku berdoa semoga aku tidak
akan mendengar ungkapan seperti ini walaupun cuma sekali. Tapi inilah ungkapan
yang membuatkan hatiku berkecai menjadi kepingan-kepingan kecil seperti terhempasnya
kaca di lantai. Terpukul jiwaku dan sakitnya
bagai disayat-sayat. Hanya Tuhan yang tahu perasaan aku ketika itu. Aku
tidak menyangkakan begitu bisa kata-kata yang dihamburkan padaku. Dia insan
yang kusayang tapi aku tidak nampak di mana perginya sayang itu tika dia
berkata sedemikian.
“ Fiz,nanti kerja elok-elok tau. Bila
dah stabil awak boleh dapat apa yang awak nak. Boleh beli kereta, bagi duit
pada mummy dan ayah, boleh bawa kita jalan. Mesti seronok kan. “
Tak sabar rasanya nak tunggu
detik-detik sebegitu. Aku berbicara sendiri. Walaupun dia tidak sehebat aku,
walaupun dia tidak belajar setingi aku tetapi semangat yang ada padanya
membuatkan aku terus untuk berada di sampingnya.
“ Fiz minta maaf kalau Fiz tak mampu
bagi apa yang awak nak. Fiz tak macam awak. Belajar pun tak setinggi mana. Tapi
Fiz akan cuba buat yang terbaik untuk diri Fiz, keluarga Fiz dan juga untuk
awak. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi Fiz. “
Aku cuma insan biasa. Aku tidak bisa
mengubah dunia tapi aku percaya aku mampu memberi harapan pada dia agar dia
tidak berasa terpinggir berada di sampingku. Itu tekadku. Alhamdulillah, aku
diberi didikan yang cukup baik daripada orang tuaku. Aku berterima kasih kepada
mereka kerana mereka aku berada di tempat di mana aku berada sekarang. Aku
tidak memandang status, pelajaran dan harta dunia seseorang itu tetapi cukuplah
dengan ketaatan dia pada agamanya, kedua ibu bapanya dan kejujuran hatinya
menerima aku. Itulah yang ada pada Fiz suatu tika dulu. Aku terus-terusan
memberi dia nasihat dan dorongan. Walaupun dia tidak berjaya tika zaman
sekolahnya seperti aku, mungkin rezeki dia pada pekerjaannya. Semua itu tidak
mustahil. Itulah yang aku ingatkan padanya berulang-ulang kali.
AKAN BERSAMBUNG..
Inilah coretan pertama aku..minta jasa baik komen untuk diperbaiki..Terima kasih
No comments:
Post a Comment