http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Followers

Wednesday, September 5, 2012

termenung






Di dalam kelas aku termenung keseorangan. Memikirkan tindak-tanduk aku sebelum ini. Memikirkan gambaran dan coretan cinta yang telah kuciptakan. Pelbagai rasa bermain di fikiran. Kahwin muda?? nikah gantung?? Kerja?? Belajar?? Ibu bapa?? Sikap si dia?? Duit?? Couple??Hah! semuanya bisa membuat aku gila.

Couple banyak menimbulkan maksiat. Sampai ada yang pernah berkata padaku, " Kahwin bukan untuk mengelakkan maksiat tapi sebab dah tak larat buat maksiat!" Hah?? Ya Allah ,sampai macam tu sekali. Bila cakap pasal kawin, memang la seronok. Segalanya halal. Tapi mampukah dia? Mampukah aku? Ramai yang berpendapat semua bergantung pada rasa tanggungjawab. Bagiku kalau dia memang diciptakan untukku, segalanya pasti akan berjalan lancar walaupun ombak dan badai itu tetap melanda. Itu rencah hidup berpasangan.

Pendapat ibu bapa dan restu mereka juga perlu difikirkan. Jangan sekali diabaikan. Kalau ibu bapa tidak bersetuju,berbincang dan pujuklah mereka. Tetapi bagaimana?? Aku sendiri belum pernah 'slow talk' dengan kedua ibu bapaku. Takut. Takut terhadap penerimaan mereka terhadap dia. Aku tahu dia tidak sempurna. Tidak mungkin dia akan menjadi calon pilihan kedua ibu bapaku. Tetapi aku yang merasa. Aku yang merasa keduanya. Antara kasih ibu bapa dan cinta si dia. Kedua-duanya penting dan berharga buatku. Aku bagai tersepit antara kasih dan cinta.

Aku tidak akan sesekali lupa jasa kedua-dua ibu bapaku. Apabila aku sudah bekerja, duit belanja perlu aku titipkan buat mereka. Aku tidak akan lupa! Mereka yang telah membesarkanku, membanting tulang 4 kerat untuk menhantarku ke sekolah, berkorban apa yang ada untuk memastikan anak-anaknya berjaya dan tidak hidup susah seperti mereka.

Aku sayang dia. Banyak memori telah kami ciptakan bersama. Tetapi yang merisaukan aku kegilaannya. Gila?? Dia tidak pernah serius. Kadang-kadang dia melayan aku seperti seorang puteri. Kadang-kadang juga dia melayankan seolah-olah dia tidak mengenali siapa aku. Seolah-olah aku bukan siapa-siapa untuknya!Itu yang membuatkan aku berasa yang aku perlu berfikir. Berfikir tentang keputusan yang perlu aku buat. Aku tidak boleh hidup tanpanya tetapi aku juga tidak mahu menderita. Menderita di kemudian hari kerana dia. Aku harap dia boleh berubah sebelum aku melangkah pergi




No comments:

Post a Comment