Wednesday, January 4, 2012
Maaf
Hari ni ku rasa seperti perasaan ku dimainkan.Aku rasa seperti hendak bunuh dia.Aku selalu memarahi dia dan dia juga begitu.Seperti kebiasaan, kami selau bertengkar.Macam-macam isu boleh timbul.Aku benci dia.Aku semacam hendak terbang jauh agar aku tidak bisa ingat akan dia.Agar aku tidak perlu merasa sakit hati padanya.Dia selalu melakukan kesalahan dan hanya perkataan maaf meniti di bibirnya.Pada awal perkenalan dulu,perkataan maaf itu masih boleh kuterima tetapi jika seribu kemaafan diungkapkan selari dengan seribu kesalahan yang dilakukan,apakah yang tinggal pada makna kemaafan itu.Aku menjadi terlalu muak.Bagiku kata kemaafan yang diungkapkan kini tidak seikhlas dulu.
Kini ku rasakan dia seperti orang gila dan dia juga memaksa aku menjadi gila sepertinya.Hari ini dia bilang lain dan esok pula lain yang diisukannya.Hari ini angan-angankan itu,hari esok angan-angankan yang lain pula.Gila!!Aku tidak menjangkakan aku boleh mengenal orang gila sepertinya.Dia sangat berbeza seprti dia yang dulu.Manusia berubah.Pokok yang berbunga pun boleh layu inikan lagi manusia.Aku sangat kasihan padanya.Itu sahaja yang mampu ku ungkapkan kini.Aku rasa sedih pada nasibnya.Jika dulu rasa sayang itu masih ada tapi kini rasa itu hanya tinggal debu-debu yang menunggu masa angin membawanya pergi jauh.Dahulu aku dambakan kata maaf darinya tapi kali ini aku pula yang ingin memohon maaf padanya.Aku ingin memohon maaf jika aku penyebabnya gila.Aku ingin memohon maaf jika aku tidak mampu bertahan lagi di sisinya. Di sini ingin ku sampaikan pesan,hiduplah kau dalam dunia kau sendiri tanpa aku.Aku harap perkara yang pernah terjadi antara kita dapat membuatkan kau lebih matang dan kau boleh mula belajar mengenal realiti sebenar.Jangan hidup dalam angan-anagn yang kau binakan sendiri.Maafkan aku
Friday, December 2, 2011
Kisah Duka
Rutin harian ku saban hari sama saja.Bangun seawal 6 pagi
untuk menunaikan solat subuh dan kemudian menyambung balik tidurku hingga cahaya
mentari menyuluh menyinari kamar di mana tempat aku dan keluargaku berkampung
hampir seminggu yang lalu. Sejak ibuku menjalani pembedahan Selasa lalu, di
balai pelawat inilah tempat kami menumpang. Jika hendak ulang-alik dari Melaka
agak jauh dan jika hendak tinggal di rumah ibu dan bapa saudaraku, perjalanan
dari Hospital Serdang ini ke rumah mereka juga mengambil masa yang agak lama.Selain
menjimatkan masa dan wang ringgit, tinggal di sini juga membuatkan aku dan
keluarga lebih dekat dengan ibuku dan juga jika ada kecemasan senang untuk
dihubungi.
Tepat jam 12.30 tengah hari aku dan ayah akan menemani ibu
di wad hingga jam 2.00 petang dan akan menemaninya kembali jam 4.30 petang
hingga 7.30 petang. Pabila waktu makan
tengah hari tiba, aku akan membeli nasi bungkus dan membawanya ke bilik untuk
dikongsi bersama-sama adik-beradikku yang lain. Di sini kami harus berjimat.
Aku tidak mahu membebankan ayahku memandangkan kos untuk menanggung rawatan
ibuku agak tinggi. Di tambah pula dengan yuran persekolahan adik-adikku yang
perlu dibayar bagi sesi persekolahan baru tahun hadapan yang akan bermula tidak
lama lagi.Bagi menu makan malam kami tidak perlu risau kerana ibu saudaraku
akan menghantar bekalan makanan buat kami.
Ibuku ditimpa sakit sejak hampir 3 bulan yang lalu. Pelbagai
rawatan telah telah dicuba tidak kira
rawatan menggunakan alatan moden dan canggih mahupun rawatan tradisional dan
menggunakan cara Islam.Sudah banyak hospital telah ibu pergi untuk mendapatkan
rawatan dan juga telah banyak ustaz telah ibu temui bagi menyembuhkan
penyakitnya. Bermula dengan penyakit gastrik dan angin sehingga kini ibu
disahkan menghidap penyakit jantung tersumbat dan memerlukan pembedahan untuk
membina saluran baru di jantungnya. Bagai ditimpa malapetaka, kami sekeluaraga
menerima ujian ini dengan redha dan memberi semangat buat ibuku. Ibu tidak mahu
menjalani pembedahan ini kerana dia takut dan ngeri dengan perkara tersebut
tapi kami memberikannya kata-kata nasihat. Kami lakukan ini kerana sudah tidak
sanggup lagi melihat penderitaan yang ditanggung oleh ibu. Andai sakit itu
boleh ditukar kepadaku yang masih muda dan kuat ini, sudah lama ku lakukan.Tapi
apakan daya,semua ini ujian daripada Yang Maha Esa.Kita hanya mampu berikhtiar
dan berderah kepada-Nya.
Thursday, October 20, 2011
ITU DULU
Kesuraman
malam tanpa kerdipan bintang. Sesuram jiwaku ini. Dirundum sepi keseorangan. Hanya
terdengar bunyi cengkerik memecah kesunyian. Peneman dan penghibur setia kala
malam. Aku terlihat sepasang kekasih. Begitu jelas kegembiraan di wajah mereka.
Teringat daku pada peristiwa lalu. Aku juga pernah merasa bahagia seperti
mereka.Tapi itu dulu. Kini hanya tinggal aku dan kenanganku.
Perlukah aku menangis?? Bahagiakah aku
tanpa dia?? Deritakah aku tanpa bayangnya?? Bercampur baur perasaanku, terbuku
menjadi satu
.
“Selamat pagi sayang! Tidur lagi ke??
Anak dara tak elok tidur lama-lama. ”
“Kita dah bangunla. Pandai je
tuduh-tuduh kita.”
Itulah halwa telingaku saban pagi.Aku membahasakan diriku ‘kita’
padanya. Tapi itu dulu bukan kini. Rindukah aku padanya?? Soalan itu aku tanya
berulang-ulang kali pada diriku. Tapi tidak kutemu jawapannya.
Dulu dialah segalanya bagiku. Selepas
keluargaku, keutamaanku hanyalah dia. Hanyalah dia. Kucurahkan rasa kasih dan
sayang sepenuh jiwa. Air di lautan belum tentu dapat menggantikan rasa kasih
yang telah kuberikan padanya.
Kata orang, cinta itu buta dan boleh
membutakan. Tapi aku kurang bersetuju. Cinta itu mempunyai mata. Mata hati yang
menjadikan cinta itu tidak buta. Pabila insan itu tidak punya mata hati,
butalah cintanya. Tergapai-gapailah insan itu umpama puing-puing di lautan
dalam kegelapan cinta yang diciptakannya sendiri. Padaku cinta itu jika diberi
nyawa dan roh padanya, akan hiduplah ia selama-lamanya. Secangkir rindu, secawan
kesetiaan, sekukuh kayu meranti kasih sayang, selaut kejujuran dan sesuci kain
putih keikhlasan. Itulah rencah-rencah percintaan. Itulah yang pernah aku
praktikkan dahulu.
“Sayang tengah buat apa? “
“Kita tengah siapkan teks untuk
pengacaraan majlis esok. “
“Oh! Buat yang terbaik. Fiz tahu awak
mampu buat. Awakkan Hebat. “
“Terima kasih Fiz. “
Itulah kata-kata semangat yang diberi
padaku tanpa aku pinta. Itulah yang kudambakan daripadanya saban waktu.
Penyunting semangat untukku melangkah jauh meneruskan cita-citaku. Aku dan dia
umpama irama dan lagu. Serbuk kopi dan susu. Walaupun serbuk kopi itu hitam dan
pahit tetapi bertemu susu yang putih dan manis, ianya berubah menjadi minuman
yang cukup digemari ramai. Itu dulu bukan kini.
“ Kita putus! Teruskanlah hidup kau
tanpa aku. Aku ini tak sehebat kau. Belajar pun tak setinggi mana. Aku hanya
mampu medongak ke atas memandang kau yang jauh lebih tinggi daripada aku. Aku
memang tak layak untuk kau! Mungkin ada insan yang lebih setanding berada di
sisi kau berbanding aku yang hina ini. Aku tidak mampu memberikan kau apa-apa!“
Masih terngiang-ngiang kata-kata itu
di telingaku. Bagai guruh yang berdentum dan petir yang menyambar. Gugur air
mataku seperti turunnya rintikan hujan tatkala petir dan kilat
sambung-menyambung. Ketika aku bersama-sama dia, aku berdoa semoga aku tidak
akan mendengar ungkapan seperti ini walaupun cuma sekali. Tapi inilah ungkapan
yang membuatkan hatiku berkecai menjadi kepingan-kepingan kecil seperti terhempasnya
kaca di lantai. Terpukul jiwaku dan sakitnya
bagai disayat-sayat. Hanya Tuhan yang tahu perasaan aku ketika itu. Aku
tidak menyangkakan begitu bisa kata-kata yang dihamburkan padaku. Dia insan
yang kusayang tapi aku tidak nampak di mana perginya sayang itu tika dia
berkata sedemikian.
“ Fiz,nanti kerja elok-elok tau. Bila
dah stabil awak boleh dapat apa yang awak nak. Boleh beli kereta, bagi duit
pada mummy dan ayah, boleh bawa kita jalan. Mesti seronok kan. “
Tak sabar rasanya nak tunggu
detik-detik sebegitu. Aku berbicara sendiri. Walaupun dia tidak sehebat aku,
walaupun dia tidak belajar setingi aku tetapi semangat yang ada padanya
membuatkan aku terus untuk berada di sampingnya.
“ Fiz minta maaf kalau Fiz tak mampu
bagi apa yang awak nak. Fiz tak macam awak. Belajar pun tak setinggi mana. Tapi
Fiz akan cuba buat yang terbaik untuk diri Fiz, keluarga Fiz dan juga untuk
awak. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi Fiz. “
Aku cuma insan biasa. Aku tidak bisa
mengubah dunia tapi aku percaya aku mampu memberi harapan pada dia agar dia
tidak berasa terpinggir berada di sampingku. Itu tekadku. Alhamdulillah, aku
diberi didikan yang cukup baik daripada orang tuaku. Aku berterima kasih kepada
mereka kerana mereka aku berada di tempat di mana aku berada sekarang. Aku
tidak memandang status, pelajaran dan harta dunia seseorang itu tetapi cukuplah
dengan ketaatan dia pada agamanya, kedua ibu bapanya dan kejujuran hatinya
menerima aku. Itulah yang ada pada Fiz suatu tika dulu. Aku terus-terusan
memberi dia nasihat dan dorongan. Walaupun dia tidak berjaya tika zaman
sekolahnya seperti aku, mungkin rezeki dia pada pekerjaannya. Semua itu tidak
mustahil. Itulah yang aku ingatkan padanya berulang-ulang kali.
AKAN BERSAMBUNG..
Inilah coretan pertama aku..minta jasa baik komen untuk diperbaiki..Terima kasih
Friday, August 19, 2011
BERKONGSI CERITA...Dlu aku suka berangan-angan menjadi seperti seorang yang wujud dalam kisah novel
Ini kisahnya..Kisah seorang wanita bernama Alina Humairah dalm kisah duka..
Bayu pagi menghembus dan menyapa ku..aku duduk termenung sendiri mengenang kisah diriku ini..
"Papa nak cakap dgn Lina sekejap."
"Ckp ape papa?"tanyaku ingin tahu."Ada seorng sahabat papa inign sampaikan hajat pada Lina.Lina kenal kan Pak cik Sufi.Dia ingin mengambil Lina menjadi menantunya.Papa suka pada Faris anak Pak cik Sufi tu.Baik orangnya,sopan dan menghormati orang tua.Papa tidak mengharapkan apa2 daripada kamu.Setelah papa membesarkan kamu dengan penuh kasih sayang ,papa ingin melihat kamu bahagia."
"Maaf cik.Saya dah ambik resit daripada promoter tadi.Jadi jam ni saya yang punya."Aku beli jam ini sebagai hadiah untuk hari jadi papa yang akn tiba tak lama lagi.Minah senget ni pulak sibuk nak berebut ngn aku psl jam ni.Memang senget betul la dia ni.
"Sayang,kenapa bising-bising ni??Malu tau."Muncul seorang lelaki yang entah dari mana.Boyfriend dia kut.Hensem gak.Hehe.Cair aku.Issh..Lina-Lina.Kesian kat mamat ni dapat girlfriend mcm minah senget ni..haha...hampeh!
"Sayang apa kata kita pergi butik yang lain.Jgn la gduh-gduh mcm ni.Tak elok tau.Jom sayang!"pujuk lelaki tadi."Isshhh!! U ni.."
Keesokannya tanpa aku duga aku bertemu lagi dengan boyfriend minah senget tu semalam di office papa.
"Lina,kenalkan ini Faris.Anak pak cik Sufi.Share partner papa."
BAB 1
Bayu pagi menghembus dan menyapa ku..aku duduk termenung sendiri mengenang kisah diriku ini..
"Papa nak cakap dgn Lina sekejap."
"Ckp ape papa?"tanyaku ingin tahu."Ada seorng sahabat papa inign sampaikan hajat pada Lina.Lina kenal kan Pak cik Sufi.Dia ingin mengambil Lina menjadi menantunya.Papa suka pada Faris anak Pak cik Sufi tu.Baik orangnya,sopan dan menghormati orang tua.Papa tidak mengharapkan apa2 daripada kamu.Setelah papa membesarkan kamu dengan penuh kasih sayang ,papa ingin melihat kamu bahagia."
"Ermm....papa jgn ckp mcm tu.Lina berterima kasih kepada papa atas segala pengorbanan yang papa selama ini.Lina inginkan masa untuk berfkir dlu pa."pintaku."Papa tahu kamu memerlukan masa.Ini berkaitan hidup kamu.Papa tidak mendesak cuma papa mengharapkan yang positif.Boleh kan Lina?"
Hajat Pak cik Sufi membuatkan tidur ku tidak lena.Teringat kembali peristiwa seminggu lalu.
"Cik.Ni saya yang plih dlu.Mintak maaf.""Eh,memandai lak kau.Aku yang tengok dlu dari tadi.Suka2 je kau ckp kau yang plih.Kau ingt kau sape ha??Aku ni anak datuk tau!"Amboi!Kasar sungguh percakapan perempuan ni.Harap je muka cantik tpi mulut mcm longkang!Aderr aku kisah kau nak datuk ke tak??Kau anak datuk aperr??Datuk yang dok pakai tongkat tu ke...Ngomel aku dlm hati."Maaf cik.Saya dah ambik resit daripada promoter tadi.Jadi jam ni saya yang punya."Aku beli jam ini sebagai hadiah untuk hari jadi papa yang akn tiba tak lama lagi.Minah senget ni pulak sibuk nak berebut ngn aku psl jam ni.Memang senget betul la dia ni.
"Sayang,kenapa bising-bising ni??Malu tau."Muncul seorang lelaki yang entah dari mana.Boyfriend dia kut.Hensem gak.Hehe.Cair aku.Issh..Lina-Lina.Kesian kat mamat ni dapat girlfriend mcm minah senget ni..haha...hampeh!
"I nak jam yang kat tngn dia tu.I yang tengok dlu.Sekali dia yang dpt.Geram tau!!"dengan riak dan penuh gedik perempuan itu mengadu pada boyfriendnya.Menyampah btul aku tengok.Nak termuntah rasanya "Maaf encik.Saya yang plih dlu jam ni dan dah nak bayar kat cashier dah pun.Lagipun banyak lagi jam yang boleh saudari ni plih.Saya mintak dri dlu yerr."Sopannyer perempuan ni..Cantik plk tu.Manis mcm Lia.Tpi sygnya Lia dh tak de..Bisik lelaki itu dlm hati.
"Sayang apa kata kita pergi butik yang lain.Jgn la gduh-gduh mcm ni.Tak elok tau.Jom sayang!"pujuk lelaki tadi."Isshhh!! U ni.."
Keesokannya tanpa aku duga aku bertemu lagi dengan boyfriend minah senget tu semalam di office papa.
"Lina,kenalkan ini Faris.Anak pak cik Sufi.Share partner papa."
"Faris"huluran jabat tangannya aku sambut."Lina."sekadar berbasi-basi.
"Lina,Faris akan menjadi wakil syarikatnya dalam usaha sama dengan syarikat kita.So,nnti Lina kena biasa2 dengan Faris tau."beritahu papa.
Mengenangkan peristiwa yang berlaku semalam aku jadi menyampah pulak ngn mamat ni.Muka hensem tpi otak tak de.Aderr boleh dia plih minah senget tu jdi girlfriend dia.Tak patut btul.Belajar tinggi-tinggi tpi bab nak plih girlfriend failed!
Tuesday, January 25, 2011
KuDa kePang
unit bm dengan bangga nyeerrr akan mempersembahkn kuda kepang di program budaya kg lonek...hahaha...bangganyerrrr..
Subscribe to:
Posts (Atom)

