http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Followers

Sunday, December 30, 2012

Pengalaman di hujung tahun




Tinggal satu hari sahaja lagi. Untuk apa? Untuk kita meninggalkan tahun 2012 dan melangkah ke tahun 2013. Tahun baru ini semua punya azam. Tetapi bagiku azam bukan hanya perlu menanti tahun baru. Tahun baru itu hanya simboliknya sahaja! Jika punya azam tetapi tidak punya usaha untuk mencapai azam tersebut tiada gunanya juga.

            Hari ini juga hari terakhir aku bekerja di R&R Ayer Keroh arah Utara. Dalam aku duduk termenung keseorangan di kedai menanti pelanggan , tiba-tiba hati rasa sayu dan juga sedih. Walaupun sepanjang aku bekerja , ada perkara yang tidak menyenangkan aku tetapi rasa sayang itu tetap ada. Rindu pada ketukan kuali Abang Najib dan suara nyaring Kak Ina memanggil pelanggan. Itu yang sebenarnya menimbulkan rasa dalam jiwaku.Pengalaman bekerja itu yang berharga. Tidak semua berpeluang mencari pengalaman sepertiku. Merasa bagaimana mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik yang bekerja di kedai makan, mencari sesuap nasi untuk diri dan keluarga. Melayan pelanggan, memanggil pelanggan hingga ke mencuci pinggan mangkuk dan membuang sisa makanan.Sekurang-kurangnya aku pernah merasa. Nanti pengalaman ini akan ku bawa ke sekolah dan lebih mudah untuk aku mendekatkan diri dengan murid-murid.   Tidak mengapa, nanti pabila aku bercuti aku masih boleh melakukan 'part-time ' di sana.

          Balik maktab? Teruja? Entahlah. Aku masih tidak punya rasa apa-apa berkaitan maktab. Aku ada menulis status di fb, berkaitan perasaan malasku hendak kembali ke kuliah. Tidakku sangka, ada seorang pensyarah yang aku gemar senyumannya meninggalkan komen. Nasihatnya sangat berguna kaya nasihat seorang ibu kepada anaknya walaupun statusnya ialah sebagai seorang pensyarah. Aku tahu, mungkin dia prihatin terhadapku. Aku pelajar terpilih barangkali. Bertuah aku kerana jarang seorang pensyarah hendak memberi komen di laman sosial. Terima kasih puan.

No comments:

Post a Comment