Latihan
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Kamal menangis tersedu-sedu __________ dipukul oleh abangnya.
A. supaya C. hingga
B. kerana D. sementara
2 ________________ suaminya meninggal dunia, Puan Aini selalu bersedih.
A. sementara C. semenjak
B. walaupun D. sebab
3 Petani itu tekun membajak sawahnya dari pagi _____________ ke petang.
A. hingga
B. apakala
C. melainkan
4 ______________ demam, dia tidak dapat hadir ke sekolah pada petang ini.
A. Apabila C. Oleh kerana
B. Walaupun D. Sungguhpun
5 Penduduk kampung itu terpaksa bekerja bertungkus-lumus _____________ menyara keluarganya.
A. supaya
B. sebab
C. untuk
6 Pak Karim berbual-bual kosong ___________ menunggu ketibaan para jemputan.
A. Sambil C, sementara
B. Manakala D. apakala
7 Kakinya calar-balar, ____________ matanya pula bengkak disengat tebuan.
A. Manakala C. lalu
B. Sambil D. dan
8 Badar terperanjat ___________ mendengar berita tentang kematian neneknya yang disayangi.
A. apabila
B. sambil
C. jika
9 “Datanglah ke rumah saya _____________ ada kelapangan,” kata Sidik.
A. kalau
B. Kecuali
C. Setelah
10 Jutawan itu bukan sahaja sombong ___________ kedekut pula orangnya.
A. Dan
B. Tetapi
C. Malahan
D. manakala
Monday, August 3, 2015
Saturday, August 1, 2015
AYAT PASIF
Latihan tukar ayat aktif kepada ayat pasif.
- Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek penternakan ikan tawar.
- Beberapa orang pekerja sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu.
- Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap peragut yang menyebabkan kematian seorang wanita yang mengandung.
- Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati.
- Kini kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan setelah menjalani kursus industri kecil dan sederhana anjuran MARA.
- “Saudara perlu segera menghadiri temu duga itu jika hendak mendapat pekerjaan itu,” kata kerani itu kepada saya.
- Saya telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu.
- Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan.
- Saya telah memasak lauk ikan untuk ayah.
- Setelah membuat segala persiapan, kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di luar dewan .
- Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan dengan segera.
- Selain berbuat bising, pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar di dalam kelas.
Monday, July 27, 2015
SIMPULAN BAHASA
Latihan : Simpulan Bahasa
Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang berikut.
baik sangka anak angkat angkat kaki alas perut
bahasa dalam bekas tangan cabut nyawa
durian runtuh mencari jalan beri muka
|
1. Pagi tadi Meng Seng ....................sebelum pergi Kuala Lumpur.
2. ....................Pak Cik Ismail menjadi doktor gigi.
3. Apabila pegawai penguatkuasa datang ke tempat itu, semua penjaja yang tidak tidak berlesen ...................
4. Perkataan santap, gering dan beradu merupakan ........................
5. Orang tua selalu ..........................dengan semua orang.
6. Inilah manuskrip ..........................pengarang yang terkenal itu.
7. Ayahnya terlalu ...........................kepada anak lelakinya, akhirnya dia menjadi budak yang nakal.
8. Perompak itu hendak .......................mangsanya, tetapi hasratnya tidak berjaya bila polis sempat menembaknya.
9. Apabila dia disuruh membuat kerja yang berat, dia selalu ......................
10. Pada hujung tahun semua kaki tangan kerajaan mendapat .....................
Tuesday, May 21, 2013
Caj karaoke di News KTV Jalan Imbi
Baru-baru ni sempat pergi karaoke bersama yang tersayang dan kakak dia di News KTV Jalan Imbi. Saja lepas gian karaoke. Lepas pergi beli anti-virus di Low Yat, kami terus menuju ke sana. Waktu itu dalam jam 5 petang. Sampai di kaunter, pelayan tu cakap ada bilik medium sahaja. Tanpa fikir panjang, kami 'on' je. Bawah ni ada senarai caj karaoke di News KTV Jalan Imbi:
Happy hour (1pm-9pm)
small room : RM20++/ sejam
medium room : RM 30++/sejam
VIP room: RM45++/sejam
Normal hour (9pm-1am)
small room :30++/sejam
medium room: 50++/sejam
VIP room: 70++/sejam
Happy hour (1pm-9pm)
small room : RM20++/ sejam
medium room : RM 30++/sejam
VIP room: RM45++/sejam
Normal hour (9pm-1am)
small room :30++/sejam
medium room: 50++/sejam
VIP room: 70++/sejam
Sunday, January 13, 2013
TEMAN SEBILIK DAN TEMAN SEKULIAH
Hari ini hari aku berehat di rumah. tiba-tiba aku teringatkan 2 orang sahabatku sewaktu aku berada di Pusat Sains Universiti Malaya (PASUM). Seorang teman sebilik, Erleena dan seorang teman sekuliah, Farahin.
Menyingkap kembali pertemuan pertama aku dengan Erleena atau Na panggilku untuknya. Pada hari pendaftaran untuk kolej kediaman, dari jauh aku terlihat seorang gadis memakai baju kurung bewarna pink unggu serasa aku dan berambut lurus beratur di satu sudut. Terlintas di hati aku, bagaimana jika aku sebilik dengannya? Tidak mungkin barangkali. Setelah mendapatkan kunci, aku terus naik ke bilik. Setelah meletakkan barang dan menyusun beg, tiba-tiba aku terlihat gadis tadi memberi salam.Dia! Na yang menjadi teman sebilik aku. Betul telahan hatiku tadi!
Pada mulanya aku menyangkakan dia seorang yang sombong. Al-maklumlah orang hidup di bandar. Tetapi sangkaan aku salah seratus peratus. Na seorang yang sangat lembut peribadinya. Tutur katanya memang sopan dan aku tidak pernah mendengar dia meninggikan suara. Dia teman sebilik yang baik. Aku masih teringat, pada suatu pagi aku bangun lambat untuk ke kuliah dan tidak sempat menggosok baju. Ketika itu dia sedang menggosok baju dan menawarkan dirinya untuk menolong aku menggosok baju. Itulah Na.Rindu pada dia. Dia kini penuntut UPM bahagian perubatan. Memang itu cita-citanya! Menjadi seorang doktor. Semoga berjaya sahabat.
Teman sekuliah??Ha! Farahin. Sahabat baikku semasa aku di PASUM. Seorang yang agak macam 'lurus' tapi jangan main-main tau. Kalau dia marah tahu la bagaimana jadinya nanti. Pertemuan pertama kami??
Semasa hari pertama kuliah di dewan yang padat dengan pelajar, aku ditegur seorang gadis yang memakai baju kurung bewarna pink maroon. "Boleh duduk?" tanya dia padaku. "Kelas mana?" "D1,"jawabku. Tahu tak sebenarnya kami sekelas. Betapa tuhan mahu menemukan ku dengannya.
Sejak itu, ke mana kami pergi pasti bersama. Sehingga dia juga yang menemukan aku dengan seseorang. Seseorang yang kini berada di hatiku. Kerana sahabat baikku ini, aku berjumpa si dia. Ehem-ehem. Berhenti!
Aku paling ingat kegemarannya. Lauk ikan keli sambal dan nasi goreng pattaya. Tapi yang paling penting air teh 'o' ais. Di mana-mana kedai yang kami singgah makan, itulah air yang akan dipesan. Farahin suka ber'shopping'. Satu yang aku ingat dia tidak memerlukan masa yang lama untuk memilih baju. Sekali pandang dan ada yang berkenan terus dia ambil.
Dia sahabat yang baik. Tidak banyak bunyi jika aku mengajaknya keluar. Kalau aku kering dia belanja dan begitu juga sebaliknya aku. Dia melihat aku menangis. Dia juga saksi yang melihat aku tersenyum selepas zaman 'gelap' ku. Hanya dia yang faham istilah itu. Banyak memori antara kami. Walaupun aku hidup bersamanya cuma setahun tapi persahabatan kami memang erat. Aku takkan melupakan sahabatku yang seorang ini.
Setahun??Ya. Selepas tamat PASUM, aku dan dia terpisah. Dia jauh di Perlis dan aku di Seremban. Berjumpa hanya setahun sekali. Masing-masing punya tugas dan pelajaran yang perlu difokuskan.
Buat sahabatku, Erleena dan Farahin. Anda berdua adalah memori indah dalam hidup saya. Saya minta maaf jika ada tersalah dalam tempoh kita bersama. Walaupun ini bukan raya tapi aku tetap ingin memohon maaf. Terima kasih atas segalanya. Sayang anda berdua. Farahin sahabat baikku, aku takkan lupakan segala yang pernah kita lalui. Pahit, manis semuanya rahsia antara kita. Maafkan aku sahabat.
Teman sekuliah??Ha! Farahin. Sahabat baikku semasa aku di PASUM. Seorang yang agak macam 'lurus' tapi jangan main-main tau. Kalau dia marah tahu la bagaimana jadinya nanti. Pertemuan pertama kami??
Semasa hari pertama kuliah di dewan yang padat dengan pelajar, aku ditegur seorang gadis yang memakai baju kurung bewarna pink maroon. "Boleh duduk?" tanya dia padaku. "Kelas mana?" "D1,"jawabku. Tahu tak sebenarnya kami sekelas. Betapa tuhan mahu menemukan ku dengannya.
Sejak itu, ke mana kami pergi pasti bersama. Sehingga dia juga yang menemukan aku dengan seseorang. Seseorang yang kini berada di hatiku. Kerana sahabat baikku ini, aku berjumpa si dia. Ehem-ehem. Berhenti!
Aku paling ingat kegemarannya. Lauk ikan keli sambal dan nasi goreng pattaya. Tapi yang paling penting air teh 'o' ais. Di mana-mana kedai yang kami singgah makan, itulah air yang akan dipesan. Farahin suka ber'shopping'. Satu yang aku ingat dia tidak memerlukan masa yang lama untuk memilih baju. Sekali pandang dan ada yang berkenan terus dia ambil.
Dia sahabat yang baik. Tidak banyak bunyi jika aku mengajaknya keluar. Kalau aku kering dia belanja dan begitu juga sebaliknya aku. Dia melihat aku menangis. Dia juga saksi yang melihat aku tersenyum selepas zaman 'gelap' ku. Hanya dia yang faham istilah itu. Banyak memori antara kami. Walaupun aku hidup bersamanya cuma setahun tapi persahabatan kami memang erat. Aku takkan melupakan sahabatku yang seorang ini.
Setahun??Ya. Selepas tamat PASUM, aku dan dia terpisah. Dia jauh di Perlis dan aku di Seremban. Berjumpa hanya setahun sekali. Masing-masing punya tugas dan pelajaran yang perlu difokuskan.
Buat sahabatku, Erleena dan Farahin. Anda berdua adalah memori indah dalam hidup saya. Saya minta maaf jika ada tersalah dalam tempoh kita bersama. Walaupun ini bukan raya tapi aku tetap ingin memohon maaf. Terima kasih atas segalanya. Sayang anda berdua. Farahin sahabat baikku, aku takkan lupakan segala yang pernah kita lalui. Pahit, manis semuanya rahsia antara kita. Maafkan aku sahabat.
Friday, January 11, 2013
NEW COVERAGE FOR UNIFI
Maklumat penting bagi pengguna yang ingin menukar langganan internet mereka kepada unifi. 'Coverage' unifi kini sudah ada di kawasan Nilai, Rawang, Banting dan hampir keseluruhan kawasan Lembah Klang.
Bagi yang belum memasang unifi di rumah atau di pejabat, harap dapat berbuat demikian. Sangat untung jika anda menggunakan unifi. Kelajuannya sangat tinggi dan anda dapat menikmati faedah lain yang disediakan TM jika anda melanggan unifi.
Tidak tahu bagaimana ingin mendaftar unifi??? Jangan risau. Anda boleh terus menghubungi talian 010-3242008. Kami akan membantu anda tanpa apa-apa cas atau bayaran. Jika talian anda tidak berjawab, anda boleh meninggalkan meseg dan kami akan menghubungi anda kembali. Daftarlah sekarang!!!
Thursday, January 10, 2013
ELAUN PELATIH PRA PERKHIDMATAN 2013
Tadi semasa kelas KHB, pensyarah saya
memberitahu bahawa pelatih IPG dikategorikan sebagai Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah dalam sistem perkhidmatan awam. Di sini saya ingin kaitkan
dengan kenaikan elaun guru pelatih dalam bajet 2013. Terlebih dahulu, cuba teliti artikel di
bawah. Artikel ini saya ambil daripada sumber http://mediawangsamaju.blogspot.com/2012/09/bajet-2013-konsolidasi-fiskal-dan.html
“Kerajaan turut
memberi perhatian untuk meringankan beban kos sara hidup bagi pelatih-pelatih
yang mengikuti kursus pra perkhidmatan di peringkat ijazah, diploma dan sijil.
Dengan ini, Kerajaan bersetuju menaikkan kadar elaun pra perkhidmatan yang
melibatkan 31,135 pelatih.
Skim perkhidmatan yang terlibat adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Farmasi, Juru X-Ray, Jururawat, Jururawat Pergigian, Jurupulih Perubatan, Juruteknologi Makmal Perubatan, Juruteknologi Pergigian, Jururawat Masyarakat, Pembantu Kesihatan Awam dan Pembantu Pembedahan Pergigian. Untuk ini, sebanyak 84.2 juta ringgit akan disediakan.”
Skim perkhidmatan yang terlibat adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Farmasi, Juru X-Ray, Jururawat, Jururawat Pergigian, Jurupulih Perubatan, Juruteknologi Makmal Perubatan, Juruteknologi Pergigian, Jururawat Masyarakat, Pembantu Kesihatan Awam dan Pembantu Pembedahan Pergigian. Untuk ini, sebanyak 84.2 juta ringgit akan disediakan.”
Sudahkah anda teleliti keratan di atas?? Apa pendapat anda. Kemungkinan besar, elaun guru pelatih bagi tahun 2013 juga akan dinaikkan. Itu hanya kemungkinan. Tadi di kelas juga saya mendengar cerita daripada seorang sahabat mengatakan elaun pelatih SPA bahagian perubatan dinaikkan. Saya juga ada membaca artikel bahawa elaun jururawat yang masih dalam pra perkhidmatan juga dinaikkan. Tidak mustahil elaun pelatih IPG juga dinaikkan.
Walau apapun, sebagai seorang guru pelatih kita sepatutnya bersyukur dengan elaun yang diberi selama ini. Jika kadarnya dinaikkan, alhamdulillah. Masuk ke IPG bukan hanya untuk mengharapkan elaun tetapi berdasarkan niat mahu menjadi pendidik anak bangsa. Itu yang sepatutnya .
Wednesday, January 9, 2013
TUKARLAH KEPADA UNIFI SEKARANG!!
PENDAFTARAN UNIFI
Rumah atau pejabat anda tiada unifi?? Ingin
mendaftar unifi?? Tidak tahu caranya?? Malas hendak ke pejabat TM untuk
mendaftar??
Jangan risau. Kami sedia membantu. JANGAN RASA WAS-WAS. Tiada yuran
pendaftaran. Tiada cas yang dikenakan. Banyak kelebihan jika anda menggunakan
unifi.
Keterangan berkaitan unifi adalah seperti
berikut:
TM unifi merupakan salah satu perkhidmatan
internet yang disediakan oleh TM
|
VIP
|
DOWNLOAD/UPLOAD
|
DOWNLOAD VOLUME
|
CAS / SEBULAN
|
|
VIP5
|
5 mbps
|
60GB
|
RM149
|
|
VIP10
|
10 mbps
|
90GB
|
RM199
|
|
VIP20
|
20 mbps
|
120GB
|
RM249
|
PAKEJ HYPP TV
Pakej hypp tv juga akan diberikan kepada
pengguna jika anda menggunakan unifi. Untungkan?? Beberapa senarai ‘channel’
ada ditunjukkan di bawah. Apa tunggu lagi?? Mendaftar dan tukarlah kepada unifi
sekarang.
|
Channel No.
|
Channels
|
Price (RM)
|
|
120
|
Bernama TV
|
Free
|
|
125
|
Bloomberg TV
|
Free
|
|
122
|
Channel News Asia
|
Free
|
|
121
|
DW
|
Free
|
|
123
|
Euronews
|
Free
|
|
VOD
|
News - Fokus Hari ini
|
Free
|
|
126
|
Al Jazeera
|
3
|
|
128
|
France 24
|
20
|
|
127
|
The Capital
|
6
|
FREE TO
AIR, MADE CLEARER
|
Channel No.
|
Channels
|
Price (RM)
|
|
101
|
TV1
|
Free
|
|
102
|
TV2
|
Free
|
|
103
|
TV3
|
Free
|
|
107
|
NTV7
|
Free
|
|
108
|
8TV
|
Free
|
|
109
|
TV9
|
Free
|
|
114
|
TV Al Hijrah
|
Free
|
Untuk pengetahuan, setakat ini coverage untuk
unifi hanya berada di kawasan KL, Shah Alam dan beberapa kawasan di Melaka. TM
sedang berusaha untuk memastikan banyak lagi kawasan yang boleh mendapat
coverage unifi.Jangan risau. Jika kawasan anda tiada coverage unifi, anda boleh
mendaftar terlebih dahulu dengan saya dan apabila kawasan anda telah ada
coverage unifi, kami akan memaklumkan kepada anda dan pemasangan unifi akan
dilakukan serta merta tanpa apa-apa bayaran. Untuk keterangan lanjut, boleh
menghubungi no telefon 018-3242008 (is) atau 018-3527597 (miza). Anda boleh
meninggalkan meseg jika talian anda tidak berjawab. Kami akan menghubungi anda
kemudian.
Sunday, December 30, 2012
Pengalaman di hujung tahun
Tinggal satu hari sahaja lagi. Untuk apa? Untuk kita meninggalkan tahun 2012 dan melangkah ke tahun 2013. Tahun baru ini semua punya azam. Tetapi bagiku azam bukan hanya perlu menanti tahun baru. Tahun baru itu hanya simboliknya sahaja! Jika punya azam tetapi tidak punya usaha untuk mencapai azam tersebut tiada gunanya juga.
Hari ini juga hari terakhir aku bekerja di R&R Ayer Keroh arah Utara. Dalam aku duduk termenung keseorangan di kedai menanti pelanggan , tiba-tiba hati rasa sayu dan juga sedih. Walaupun sepanjang aku bekerja , ada perkara yang tidak menyenangkan aku tetapi rasa sayang itu tetap ada. Rindu pada ketukan kuali Abang Najib dan suara nyaring Kak Ina memanggil pelanggan. Itu yang sebenarnya menimbulkan rasa dalam jiwaku.Pengalaman bekerja itu yang berharga. Tidak semua berpeluang mencari pengalaman sepertiku. Merasa bagaimana mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik yang bekerja di kedai makan, mencari sesuap nasi untuk diri dan keluarga. Melayan pelanggan, memanggil pelanggan hingga ke mencuci pinggan mangkuk dan membuang sisa makanan.Sekurang-kurangnya aku pernah merasa. Nanti pengalaman ini akan ku bawa ke sekolah dan lebih mudah untuk aku mendekatkan diri dengan murid-murid. Tidak mengapa, nanti pabila aku bercuti aku masih boleh melakukan 'part-time ' di sana.
Balik maktab? Teruja? Entahlah. Aku masih tidak punya rasa apa-apa berkaitan maktab. Aku ada menulis status di fb, berkaitan perasaan malasku hendak kembali ke kuliah. Tidakku sangka, ada seorang pensyarah yang aku gemar senyumannya meninggalkan komen. Nasihatnya sangat berguna kaya nasihat seorang ibu kepada anaknya walaupun statusnya ialah sebagai seorang pensyarah. Aku tahu, mungkin dia prihatin terhadapku. Aku pelajar terpilih barangkali. Bertuah aku kerana jarang seorang pensyarah hendak memberi komen di laman sosial. Terima kasih puan.
Friday, December 7, 2012
Usaha tanpa puas
Manusia tidak pernah puas! Pentingkan diri sendiri , langsung tidak mengendahkan perasaan orang lain. Ada yang berkata, jika kita selalu memikirkan perasaan orang lain tanpa langsung menghiraukan perasaan sendiri tiada guna juga. Bagiku kedua-duanya perlu seimbang. Jangan terlalu memikirkan perasaan orang dan jangan terlalu mementingkan diri.
Sebenarnya aku sudah penat. Penat yang aku cari sendiri. Aku tidak tahu bila masanya aku harus berhenti. Kenapa manusia tidak mahu berusaha?? Hanya tahu berangan-angan dan mengharapkan angan-angan itu bisa jadi kenyataan. Itu selayaknya tidak perlu dipanggil manusia. Allah menciptakan kita di dunia ini bukan hanya untuk berangan-angan seperti kita berada di syurga. Entahlah. Nasib manusia berbeza-beza. Ada juga aku mendengar keluhan yang mengatakan usaha sampai nak mati pun tidak nampak hasilnya, Yang jahat pun ada juga yang kaya. Yang tidak menyembah Tuhan pun ada yang bisa hidup senang-lenang. Tetapi manusia yang bersujud kepada Tuhan dan berusaha bersungguh-sungguh, tidak juga kemana.Kadang-kadang aku kasihan juga mendengar keluhan itu, tetapi kita sebagai hamba Allah harus percaya pada qada dan qadar, rezeki , jodoh ajal dan maut.
Mungkin yang kaya itu tiada rasa ketenangan di jiwa berbanding kita yang mendekatkan diri padaNya. Kita harus percaya yang itu. Harus mencuba. Jangan bisa cakap sahaja tetapi tidak pernah belajar mendekatkan diri padanya. Aku rindukan kehidupan aku yang dahulu. Tidak punya masalah.
Subscribe to:
Posts (Atom)





.jpg)

