Sebelum pulang ke Sarawak:
Aku menemani dia sahur dan berbuka. Bersama-sama ke bazar tok membeli juadah
berbuka.
"B jgn beli kuih banyak2, nnti membazir." Dia tersenyum
mendengar aku membebel. Macam mak orang dah.
Menemani dia mengharungi kepadatan dan keriuhan di Jalan TAR hanya untuk
membeli sepasang baju Melayu. " B nak beli baju Melayu cam
mane?".
"Tak nak la baju Melayu tu b. Macam penari kebudayaan." Dia
membuat muka masam mencuka tatkala aku ketawa memikirkan dia sebagai penari
kebudayaan. Ok what!
Pada malam itu juga dia membawa sekotak kek yg berisi kek yang sudah cair.
Secret Recipe tu. Pada mulanya aku sedih kerana apa yang aku harapkan tidak
seperti apa yang ada di depan mata. Tapi apabila mengenangkan dia cuba membuat
'suprise' tok aku sehingga hampir dilanggar kereta aku menyesal dan berterima
kasih pada dia. Aku tahu dia cuba hendak membuat yang terbaik tok hari jadi
aku. Terima kasih b.
Aku mendengar dia bermain gitar sambil menyibuk menyanyi walaupun suaraku
kedengaran sumbang. " B suka lagu raya yang mana?" Dia bertanya.
Masih aku ingat lagi segalanya.
Malam sebelum dia pulang ke Sarawak aku membantu dia berkemas. Mencuci baju
dia yang masih belum dicuci, melipat dan menyusun semua baju ke dalam beg. Sedih
mengenangkan dia akan pulang ke Sarawak walaupun tok seminggu berhari raya. Aku
tahu dia akan pergi!! Aku dapat merasakannya. Sumpah aku bisa merasakan dia
akan hilang dari pandangan aku! Tiada lagi kenangan yang bisa aku dan dia
ciptakan. Aku tahu hati dia akan berubah namun aku tetap berbisik pada hatiku
dengan mengatakan dia akan berada bersamaku selamanya.Yang pasti aku akan
merindui setiap saat bersama-sama dia. Bergurau senda, menangis, berlapar,
sakit, duka segala-galanya.
Di Sarawak:
Seminggu sebelum raya, hubungan kami seperti biasa walaupun terdapat sedikit
perselisihan faham. Aku cuba mengerti bahawa dia jauh di tempat orang. Kami
saling merindui dan meluahkan segalanya melalui telefon dan fb. Indah! Pada
malam raya ,dia menelefon aku dan menyanyikan lagu raya untuk aku melalui
corong telefon. Kami saling bermaafan. Itulah dia yang suka menghiburkan aku
dengan nyanyian dan lawak jenakanya.
Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Pada malam
hari raya pertama , aku sudah tidak dapat menghubungi dia lagi melalui telefon
bimbitnya. Segalanya sudah lenyap. Igauan aku menyatakan dia akan pergi, kini
sudah menjadi kenyataan. Aku cuba menghubungi dia melalui abang dan kakaknya,
namun sia-sia. Aku bisa bercakap dengannya tapi bukan dia yang aku kenal. Bukan
dia!Dia seperti tidak mengenali aku! Sekelip mata dia berubah!
Selepas pulang ke Sarawak:
Aku mengharapkan dia akan kembali padaku seperti biasa. Tapi semuanya
tinggal harapan. Tatkala aku perlu meneruskan tugasanku jauh di Pahang sebagai
guru pelatih, dia juga jauh meninggalkan aku. Aku masih ingat janji dia mahu
menunggu aku di stesen bas setelah aku pulang dari Pahang. Tetapi kini pelbagai
alasan yang diberi untuk mengelak menemui aku. Hancur hatiku berkeping-keping jadinya.
Buat dia di sini aku ingin coretkan rasa hatiku buatmu.
B orang tahu awak takkan dengar setiap bait perkataan yang orang tuturkan
buat awak. Tapi awak perlu tahu sakitnya hati orang ni hanya Tuhan yang tahu.
Bila orang bangkitkan pasal kenangan kita awak kata semua tu dah lapuk! Hina
sungguh rasanya. KLCC, Genting, Melaka, PD semuanya mana b??? Mana???B awk
pergi tak sampai seminggu awak sanggup meluahkan kata seperti tu pada orang??
Aku tahu aku perlu pergi. Aku tahu aku perlu pergi dari hidup dia. Aku akan
pergi. Air mata ku akan terus menitis hingga satu saat nanti aku akan berhenti.
Aku tahu aku perlu menangis walaupun ramai di keliling ku mengatakan aku tidak perlu
menangis untuk lelaki sepertinya. Kalau aku di tempat mereka aku juga akan
mengatakan perkara yang sama. Tapi aku manusia biasa. Aku tidak sekuat mana.
Aku akan menangis untuk dia yang dah pergi dan aku tahu aku takkan temui dia
lagi. Aku menangis untuk kenangan yang dah kami ciptakan bersama. Aku menangis
untuk pengorbanan dan masa yang sudah dia luangkan untuk aku suatu masa dahulu
walaupun pengorbanan yang dibuat tidak setanding pengorbanan orang tuaku. Itu
sudah tentu. Walaupun aku berkasih tetapi aku tahu ibu bapa merupakan insan
yang teratas dalam hidupku dan pengorbanan mereka tiada tandingan. Aku menangis
kerana terkilan dengan kata-kata bisa yang dilemparkan seolah-olah dia tidak
mengenali ku sebagai kekasihnya. Seolah-olah aku telah melakukan kesalahan yang
begitu besar. Aku menangis kerana aku perlu pergi dan meneruskan cita-citaku
tapi dia??? Masa depannya??? Aku sedih memikirkan nasibnya kerana aku sudah
merasakan bahawa dia sudah menjadi sebahagian daripada hidupku.
Dulu aku bertekad untuk menggenggam
dan membawanya hidup berjaya seperti aku tapi pabila mengingatkan kata-katanya
aku rasa aku perlu pergi. “Kau tak boleh bagi aku apa-apa. Sepanjang aku kenal
kau tak ada apa yang aku boleh dapat!” Aku dah tak bermakna dalam hidup dia
lagi. Pergi la Miza. Pasti ada yang lebih baik menantimu.Usah dinanti orang ang
tidak mengenang jasa dan budimu. Selamat tinggal sayang! Selamat tinggal cinta!
Cinta!