http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Followers

Friday, January 11, 2013

NEW COVERAGE FOR UNIFI


Maklumat penting bagi pengguna yang ingin menukar langganan internet mereka kepada unifi. 'Coverage' unifi kini sudah ada di kawasan Nilai, Rawang, Banting dan hampir keseluruhan kawasan Lembah Klang.

Bagi yang belum memasang unifi di rumah atau di pejabat, harap dapat berbuat demikian. Sangat untung jika anda menggunakan unifi. Kelajuannya sangat tinggi dan anda dapat menikmati faedah lain yang disediakan TM jika anda melanggan unifi.

Tidak tahu bagaimana ingin mendaftar unifi??? Jangan risau. Anda boleh terus menghubungi talian 010-3242008. Kami akan membantu anda tanpa apa-apa cas atau bayaran.  Jika talian anda tidak berjawab, anda boleh meninggalkan meseg dan kami akan menghubungi anda kembali. Daftarlah sekarang!!!

Thursday, January 10, 2013

ELAUN PELATIH PRA PERKHIDMATAN 2013




Tadi semasa kelas KHB, pensyarah saya memberitahu bahawa pelatih IPG dikategorikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dalam sistem perkhidmatan awam. Di sini saya ingin kaitkan dengan kenaikan elaun guru pelatih dalam bajet 2013. Terlebih dahulu, cuba teliti artikel di bawah. Artikel ini saya ambil daripada sumber  http://mediawangsamaju.blogspot.com/2012/09/bajet-2013-konsolidasi-fiskal-dan.html

“Kerajaan turut memberi perhatian untuk meringankan beban kos sara hidup bagi pelatih-pelatih yang mengikuti kursus pra perkhidmatan di peringkat ijazah, diploma dan sijil. Dengan ini, Kerajaan bersetuju menaikkan kadar elaun pra perkhidmatan yang melibatkan 31,135 pelatih.

Skim perkhidmatan yang terlibat adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Farmasi, Juru X-Ray, Jururawat, Jururawat Pergigian, Jurupulih Perubatan, Juruteknologi Makmal Perubatan, Juruteknologi Pergigian, Jururawat Masyarakat, Pembantu Kesihatan Awam dan Pembantu Pembedahan Pergigian. Untuk ini, sebanyak 84.2 juta ringgit akan disediakan.”

Sudahkah anda teleliti keratan di atas?? Apa pendapat anda. Kemungkinan besar, elaun guru pelatih bagi tahun 2013 juga akan dinaikkan. Itu hanya kemungkinan. Tadi di kelas juga saya mendengar cerita daripada seorang sahabat mengatakan elaun pelatih SPA bahagian perubatan dinaikkan. Saya juga ada membaca artikel bahawa elaun jururawat yang masih dalam pra perkhidmatan juga dinaikkan. Tidak mustahil elaun pelatih IPG juga dinaikkan.

Walau apapun, sebagai seorang guru pelatih kita sepatutnya bersyukur dengan elaun yang diberi selama ini.   Jika kadarnya dinaikkan, alhamdulillah. Masuk ke IPG bukan hanya untuk mengharapkan elaun tetapi berdasarkan niat mahu menjadi pendidik anak bangsa. Itu yang sepatutnya .

Wednesday, January 9, 2013

TUKARLAH KEPADA UNIFI SEKARANG!!


PENDAFTARAN UNIFI




Rumah atau pejabat anda tiada unifi?? Ingin mendaftar unifi?? Tidak tahu caranya?? Malas hendak ke pejabat TM untuk mendaftar??

Jangan risau. Kami sedia membantu. JANGAN RASA WAS-WAS. Tiada yuran pendaftaran. Tiada cas yang dikenakan. Banyak kelebihan jika anda menggunakan unifi.
Keterangan berkaitan unifi adalah seperti berikut:
TM unifi merupakan salah satu perkhidmatan internet yang disediakan oleh TM


VIP
DOWNLOAD/UPLOAD
DOWNLOAD VOLUME
CAS / SEBULAN
VIP5
5 mbps
60GB
RM149
VIP10
10 mbps
90GB
RM199
VIP20
20 mbps
120GB
RM249







PAKEJ HYPP TV
Pakej hypp tv juga akan diberikan kepada pengguna jika anda menggunakan unifi. Untungkan?? Beberapa senarai ‘channel’ ada ditunjukkan di bawah. Apa tunggu lagi?? Mendaftar dan tukarlah kepada unifi sekarang.


Channel No.
Channels
Price (RM)
120
Bernama TV
Free
125
Bloomberg TV
Free
122
Channel News Asia
Free
121
DW
Free
123
Euronews
Free
VOD
News - Fokus Hari ini
Free
126
Al Jazeera
3
128
France 24
20
127
The Capital
6



FREE TO AIR, MADE CLEARER

Channel No.
Channels
Price (RM)
101
TV1
Free
102
TV2
Free
103
TV3
Free
107
NTV7
Free
108
8TV
Free
109
TV9
Free
114
TV Al Hijrah
Free

Untuk pengetahuan, setakat ini coverage untuk unifi hanya berada di kawasan KL, Shah Alam dan beberapa kawasan di Melaka. TM sedang berusaha untuk memastikan banyak lagi kawasan yang boleh mendapat coverage unifi.Jangan risau. Jika kawasan anda tiada coverage unifi, anda boleh mendaftar terlebih dahulu dengan saya dan apabila kawasan anda telah ada coverage unifi, kami akan memaklumkan kepada anda dan pemasangan unifi akan dilakukan serta merta tanpa apa-apa bayaran. Untuk keterangan lanjut, boleh menghubungi no telefon 018-3242008 (is) atau 018-3527597 (miza). Anda boleh meninggalkan meseg jika talian anda tidak berjawab. Kami akan menghubungi anda kemudian.

Sunday, December 30, 2012

Pengalaman di hujung tahun




Tinggal satu hari sahaja lagi. Untuk apa? Untuk kita meninggalkan tahun 2012 dan melangkah ke tahun 2013. Tahun baru ini semua punya azam. Tetapi bagiku azam bukan hanya perlu menanti tahun baru. Tahun baru itu hanya simboliknya sahaja! Jika punya azam tetapi tidak punya usaha untuk mencapai azam tersebut tiada gunanya juga.

            Hari ini juga hari terakhir aku bekerja di R&R Ayer Keroh arah Utara. Dalam aku duduk termenung keseorangan di kedai menanti pelanggan , tiba-tiba hati rasa sayu dan juga sedih. Walaupun sepanjang aku bekerja , ada perkara yang tidak menyenangkan aku tetapi rasa sayang itu tetap ada. Rindu pada ketukan kuali Abang Najib dan suara nyaring Kak Ina memanggil pelanggan. Itu yang sebenarnya menimbulkan rasa dalam jiwaku.Pengalaman bekerja itu yang berharga. Tidak semua berpeluang mencari pengalaman sepertiku. Merasa bagaimana mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik yang bekerja di kedai makan, mencari sesuap nasi untuk diri dan keluarga. Melayan pelanggan, memanggil pelanggan hingga ke mencuci pinggan mangkuk dan membuang sisa makanan.Sekurang-kurangnya aku pernah merasa. Nanti pengalaman ini akan ku bawa ke sekolah dan lebih mudah untuk aku mendekatkan diri dengan murid-murid.   Tidak mengapa, nanti pabila aku bercuti aku masih boleh melakukan 'part-time ' di sana.

          Balik maktab? Teruja? Entahlah. Aku masih tidak punya rasa apa-apa berkaitan maktab. Aku ada menulis status di fb, berkaitan perasaan malasku hendak kembali ke kuliah. Tidakku sangka, ada seorang pensyarah yang aku gemar senyumannya meninggalkan komen. Nasihatnya sangat berguna kaya nasihat seorang ibu kepada anaknya walaupun statusnya ialah sebagai seorang pensyarah. Aku tahu, mungkin dia prihatin terhadapku. Aku pelajar terpilih barangkali. Bertuah aku kerana jarang seorang pensyarah hendak memberi komen di laman sosial. Terima kasih puan.

Friday, December 7, 2012

Usaha tanpa puas





Manusia tidak pernah puas! Pentingkan diri sendiri , langsung tidak mengendahkan perasaan orang lain. Ada yang berkata, jika kita selalu memikirkan perasaan orang lain tanpa langsung menghiraukan perasaan sendiri tiada guna juga. Bagiku kedua-duanya perlu seimbang. Jangan terlalu memikirkan perasaan orang dan jangan terlalu mementingkan diri.

Sebenarnya aku sudah penat. Penat yang aku cari sendiri. Aku tidak tahu bila masanya aku harus berhenti. Kenapa manusia tidak mahu berusaha?? Hanya tahu berangan-angan dan mengharapkan angan-angan itu bisa jadi kenyataan. Itu selayaknya tidak perlu dipanggil manusia. Allah menciptakan kita di dunia ini bukan hanya untuk berangan-angan seperti kita berada di syurga. Entahlah. Nasib manusia berbeza-beza. Ada juga aku mendengar keluhan yang mengatakan usaha sampai nak mati pun tidak nampak hasilnya, Yang jahat pun ada juga yang kaya. Yang tidak menyembah Tuhan pun ada yang bisa hidup senang-lenang. Tetapi manusia yang bersujud kepada Tuhan dan berusaha bersungguh-sungguh, tidak juga kemana.Kadang-kadang aku kasihan juga mendengar keluhan itu, tetapi kita sebagai hamba Allah harus percaya pada qada dan qadar, rezeki , jodoh ajal dan maut.

Mungkin yang kaya itu tiada rasa ketenangan di jiwa berbanding kita yang mendekatkan diri padaNya. Kita harus percaya yang itu. Harus mencuba. Jangan bisa cakap sahaja tetapi tidak pernah belajar mendekatkan diri padanya. Aku rindukan kehidupan aku yang dahulu. Tidak punya masalah.