http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Followers

Monday, October 15, 2012

DIET MONYET DAN KAMBING




Esok 16 Oktober bermulalah rutin diet aku bersama-sama teman Salwana Russeli selama seminggu. Harap-harap membuahkan hasil walaupun tidak banyak. Aku juga mengharapkan sokongan daripada kawan-kawan seperjuangan. Perkara ini memang agak kelakar tapi sekurang-kurangnya kami mencuba. Kami bukan mengikuti diet tidak seimbang tetapi merujuk kepada maklumat diet yang diamalkan oleh Barat untuk mempercepatkan metabolisme. Mengikut perkiraan mereka jika diet ini diamalkan dengan betul individu itu boleh turun berat badannya sehingga 7 kg! Tetapi semua ini bergantng pada individu itu dan perlu disertakan dengan senaman.

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN:
  • Nasi/ roti/bihun/mee
  • Garam/perasa
  • Minyak dan makanan yang mempunyai kalori yang tinggi
MAKANAN YANG DIGALAKKAN DIAMBIL:
  • Air masak/ mineral
  • Jus buah-buahan tanpa gula
  • Air teh / kopi tanpa gula
  • Sup rendah kalori (setiap hari)
HARI PERTAMA:
  • Buah-buahan kecuali pisang
HARI KE-2:
  • Sayur-sayuran (digalakkan sayuran hijaudan bukan jenis kekacang
HARI KE-3
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan
HARI KE-4
  • 8 Biji pisang dan susu rendah kalori
HARI KE-5
  • Stik/ayam/ikan yang dibakar / direbus tanpa perasa
HARI KE-6
  • Campuran  buah-buahan dan stik/ayam/ikan bakar/rebus
HARI KE-7
  • Campuran sayur dan stik/ayam/ikan bakar/rebus
  • Kentang
Selepas hari ke-7 berhentikan diet ini. Makanlah seperti biasa dalam kuantiti yang seimbang. Selepas 1 atau 2 minggu teruskan dengan diet ini sehingga mmendapat berat badan yang ideal. Selamat mencuba




Wednesday, October 10, 2012

KISAH TOILET



Lokasi : Stadium tertutup Nilai
Waktu : 5.00 petang (Rabu)
Sempena : Perasmian Bulan Bahasa

Kisah lelaki, perempuan dan toilet. Semalam satu peristiwa yang agak kelakar berlaku di depan mata aku. Sahabatku mengadu sakit perut dan ingin ke tandas. Kami meredah hujan untuk mencari di manakah lokasi tandas tersebut. Aku menunggunya di luar tandas. Tak lama kemudian, aku melihat seorang lelaki meluru masuk ke dalam tandas perempuan tu! Di dalam tandas tersebut ada sahabatku tadi. Ya Allah! Gila ke mamat ni? Tak  baca ke di depan pintu tandas itu tulis tandas perempuan! Mungkin dia tidak perasan dan ingin cepat-cepat melunaskan hajatnya. Aku terus menunggu. Tidak lama kemudian, sahabatku keluar dengan muka selambanya bertanya kepadaku, "tadi ada lelaki masuk tandas itu kan?"  Menakutkan betul.

Tidak lama kemudian, sahabatku mengadu perutnya sakit lagi. Kami menggunakan tandas yang lain pula. Tetapi kisah ini lagi dasyat! Seperti tadi aku menunggunya di luar tandas tetapi tidak sampai seminit sahabatku sudah keluar dan menarik tanganku bergerak jauh dari kawasan tandas itu. Aku bertanya ," kenapa cepat sangat? Bukan tadi sakit perut ke?" Nak tahu apa kisahnya? Tadi semasa sahabatku masuk ke tandas itu, dia ternampak seorang lelaki sedang melunaskan hajatnya. Membuang air kecil ! Gaya apa??? Macam biasa la. Lelaki kan. Apa yang disembunyikan lelaki selama ini memang tak dapat disembunyikan lagi. Mata ku terbeliak mendengar ceritanya. Memang dasyat. Lelaki itu memang tak nampak ke itu tandas perempuan??? Apalah!

Yang kelakarnya, tandas pertama tadi , ada lelaki masuk ketika sahabatku di dalam. Tandas kedua, sahabatku masuk ketika ada lelaki di dalam. Kesian sahabatku tu. Tak pasal-pasal dapat tengok 'free show'. Moral of the story, kalau kita nak masuk tandas tu, tengok dulu kat depan pintu tandas tu tulis apa, tak kisah la kalau kita tak tahan sekalipun. Lelaki ke perempuan. Paling senang kalau perempuan ada gambar pakai skirt dan lelaki sebaliknya. Bahaya buat perempuan jika lelaki masuk ke dalam tandas perempuan! Beringat ya kaum adam.


Tuesday, October 9, 2012

PANDUAN PAMERAN LITERASI 2012



PAMERAN LITERASI BAHASA MELAYU SEMESTER 2

Tema    : Literasi Bahasa Melayu Menjana Guru Kreatif dan Inovatif



    Tarikh   : 12 & 13 September 2012
Masa     :  8-30 pagi-4.30 petang
       Tempat : Dataran Melewar, IPGKRM
        Anjuran: PISMP Sem 2 Januari 2012

PENGHARGAAN

PENGARAH IPG KAMPUS RAJA    MELEWAR

PENSYARAH-PENSYARAH  JABATAN PENGAJIAN MELAYU

PISMP SEM 2  JAN 2012:
BAHASA MELAYU
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
BAHASA CINA 1
BAHASA CINA 2
BAHASA TAMIL 1
BAHASA TAMIL 2
MATEMATIK
SAINS
TESL 1
TESL 2
PEMULIHAN

SYARIKAT AIR NEGERI SEMBILAN

RESTORAN MAKANAN SEGERA MACDONALD



PELAN TAPAK PAMERAN

MAT         BC1         TESL         PAI
BT1                                                                                                                       BM

TESL 2                                                                                                                  SAINS

BC 2                                                                                                                       BT 2

PML                                                                                                                    URUSETIA
                                                   





Monday, October 8, 2012

Memori Indah

      



Di awal pertemuan aku dan dia sekitar hujung 2010. Bersama sahabat karibku Farahin, kami banyak menghabiskan masa bersama. Melalui Farhin juga aku mengenali dia. Pertemuan aku dan dia memang tidak dapat dijangka. Di dalam hujan, berjalan kaki dari KLCC ke Bukit Bintang, lepak di Kampung Baru. Bila dah tamat PASUM, kami bertiga berpisah. Farahin jauh ke Perlis, aku di Seremban dan dia masih di KL. Yang tinggal hanya aku dan dia meneruskan ikatan kasih ini. Tetapi buat sahabatku, biar jauh di mata, segala kenangan tidak akan dilupakan dan salam kerinduan dititipkan buatnya. Apabila aku dan si dia keluar bersama-sama, jika kami melalui detik dan tempat tatkala aku , dia dan Farahin keluar bersama dulu, pasti nama Farahin akan muncul. "Kalau ada Farahin kan best!" si dia berkata. "Teringat bila Farahin nyanyi lagu nasyid.Hehe" Kami berdua rindukan saat-saat itu. Entah bila boleh berulang lagi.


     

2011 pun berlalu menjadikan perhubungan kami sudah bertahan hampir setahun. Banyak kenangan diciptakan bersama. Suka, duka nangis dan tawa. Bagiku tempoh setahun ini tidak cukup untuk kami mengenali diri masing-masing



          


     


2012 mematangkan hubungan kami. Aku dan dia meneruskan sejarah coretan kasih sayang dengan penuh luka, duka, nangis , ketawa, rindu, marah dan kecewa. Pelbagai rencah dan rasa. Apakah nasib perhubungan ini? Hanya Tuhan menentukan. Aku hanya mampu berusaha memberi yang terbaik untuk dirinya dan cuba memahami si dia. Dan aku rasa dia juga begitu. Walaupun kadang-kadang emosi dia 'gila', namun aku tahu dia mahu yang terbaik untukku dan dia pasti terluka bila melihat aku menitiskan air mata. Kami berdoa semoga hubungan ini sampai ke jinjang pelamin dan aku dan dia dapat meneruskan perjuangan suci ini hingga ke akhir hayat. Tapi ketentuan jodoh siapa yang tahu??

Tiada paksaan


Dalam memulihkan sesuatu hubungan , perlu mengambil masa yang agak lama. Aku dan dia contohnya. Banyak air mata, kesabaran, keikhlasan dan kejujuran perlu aku korbankan untuk memulihkan hubungan aku dan dia. Lelaki tidak suka dipaksa dan dikongkong. Pada awal dahulu, aku merasa tertekan kerana dia sering memarahi aku kerana aku mengongkong dengan siapa dia berkawan dan ke mana dia pergi. Siapa yang tak nak yang terbaik buat si dia?? Kawan yang sering merosakkan dia adakah itu namanya kawan??

           Bergaduh atau berselisih faham tidak salah kerana dari situ kita lebih mengenali dan memahami apakah kehendak pasangan kita yang sebenarnya. Tetapi jika selalu akan membahayakan dan merosakkan sesuatu hubungan. Sejak peristiwa dia pulang ke Sarawak dan kami bertengkar besar sehingga aku merasakan tiada lagi jalan penyelamat dalam hubungan kami, banyak perkara telah aku belajar. Aku mula mengikut rentaknya yang tidak mahu dikongkong dan dipaksa. Dalam mencairkan hati seorang lelaki kelembutan itu penting. Dan kelembutan itu membuahkan hasil. Hubungan kami kembali terjalin seperti biasa dan aku merasakan kasih antara kami semakin erat walaupun masih ada beberapa konflik dan wujudnya penghasut antara kami! Bagiku, kalau memaksa, lambat laun ia akan menjadi nanah dalam sesebuah hubungan itu.

Aku juga memahami kekerapan kita berborak atau mesej melalui telefon juga lambat laun akan membuatkan si dia bosan. Malahan, akan meninggalkan kesan radiasi kepada kita juga. Cukuplah sekadar telefon untuk berkongsi cerita ataupun tatkala kita mahu tidur. Dalam memikat hati lelaki ada caranya. Tetapi bukan dengan memaksa. Si dia pasti tidak suka dan tertekan.