http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Followers

Friday, November 2, 2012

Langit menangis


Tinggal satu sahaja lagi kertas yang aku perlu hadapi. Esok! Sebelum ke dewan peperiksaan pagi tadi aku lihat dada langit lapang umpama laut dan hanya kelihatan garis ombakan awan. Cerah dengan sinaran matahari pagi. Aku berdoa semoga langit itu tidak menangis di sebelah petang. Aku ingin menjemur jemuran dan berkemas untuk pulang bercuti kerana sudah beberapa hari hujan . Suhu di sini serasanya seperti di Genting Highlands. 

Melangkah keluarnya aku daripada dewan peperiksaan, hati sedikit hampa kerana awan sudah sebak dan empangannya menanti  untuk pecah turun ke bumi. Tapi aku masih berdoa semoga jemuran aku sempat kering sebelum esok.

Kertas peperiksaan??Soalan?? Aku tiada komen kerana kertas jawapannya tidak kosong. Isinya aku belum tahu betul atau tidak jawapannya tetapi sekurang-kurangnya aku mencuba untuk menjawab. Mengerah tenaga di jari dan urat pada otak untuk menjawab. Alhamdulillah, itu sahaja yang aku boleh ungkapkan. Tawakal juga aku serahkan kepada Allah. Bisa-bisa keputusannya tidak mengecewakan aku.

 Kantukku sudah datang. Memanggil ku menyambung tidur selepas semalaman tidur kaya orang sakit mental. Selamat malam!

Wednesday, October 31, 2012

SAHABAT BARU

Hari ini aku bangun agak awl. Dengan niat untuk memulakan ulangkaji setelah 2 hari membuang masa. Usai membasuh baju dan membersihkan diri, aku menghadap komputer riba untuk mencari hiburan di awal pagi. Bukan apa, hanya untuk menghilangkan gelisah dan kerinduan yang bertapa di hati. Mungkin ada hikmah semua ini berlaku. Aku terhibur dengan gelagat sahabat baru yang aku kenal di laman muka buku. Dia juga senasib sepertiku. Walaupun nun jauh dipisahkan Laut China Selatan, dia masih bisa buat aku tersenyum. Terima kasih sahabat!




Tengahari itu aku terlelap agak lama. Mungkin keletihan bangun agak 'awal'. Menyambung kembali berlaman muka buku, ada satu status yg menarik minat aku.

 " Kalau ada kerinduan terhadap si dia bukan kerana kita rindu dia tetapi kerana kita rindu kenangan bersamanya."

Memang betul. Itulah yang aku rasakan kini. Aku rindu kenangan itu. Kenangan bersama si dia. Kenangan itu yang masih mengikat hati aku padanya. Tetapi cuma kenangan.

Aku sudah tidak berharap apa-apa lagi. Aku mahu melepaskan semuanya pergi. Buat sahabat-sahabat di luar sana aku memerlukan masa. Bukan mudah untuk melupakan cinta yang satu ini.Harap kalian memahami. Aku perlu masa untuk diriku sendiri

Tuesday, October 30, 2012

Sang Bulan Peneman Rindu



Tatkala aku berlari dari bilik kawan ke kamar sendiri, aku terpegun oleh sinarnya bulan purnama malam ini. Tersentuh hatiku entah kenapa. Bagi pasangan cinta perumpamaan bulan sangat sesuai tetapi bagiku? Adakah aku dicintai? Adakah yang merindu?

Aku terus berjalan ke kamar dan merenung bulan melalui jendela. Indahnya. Aku berasa sangat tenang. Kalaulah aku boleh berkongsi rasa ini dengan si dia, pasti sungguh bahagia. Siapakah si dia itu? Menjadi tanda tanya tanpa noktahnya.

Aku rindukan seseorang. Tetapi adakah dia juga merinduiku. Malam dan bulan tidak dapat dipisahkan. Tatkala malam menampakkan gelapnya, hatiku pasti terusik. Siang yang penuh dengan cahaya mentari menjadikan aku bersemangat tetapi munculnya sang bulan membuatkan aku teringat kenangan laluku. Bagiku malam dengan kegelapan penuh berahsia. Seperti aku.

Berbicara tentang malam. Banyak muda-mudi yang menunggu ketibaan malam untuk mereka berseronok sebagai contoh untuk melepak, 'clubbing' da pelbagai hiburan lain yang melampau. Bagiku malam ialah suatu ketika untuk mencari ketenangan. Bertemu hati dengan Yang Maha Kuasa, muhasabah diri, merenung dosa-dosa semalam dan bagi pasangan yang punya rasa cinta mungkin detik ini yang sesuai untuk kita mengenangkan kenangan suka dan duka.

Yang pastinya, malam mengamit kerinduanku buat si dia. Kebiasaannya, dia menemaniku tatkala aku keseorangan dihimpit kegelapan yang dibawa malam. Tetapi kini sang bulan pula menemaniku. Tiada lagi dia. Cukuplah Tuhan mengutuskan sang bulan yang membawa sinar buatku. Keindahannya cukup membuatkan aku tertegun dan mengubati kerinduaanku sendiri. Pandanglah keindahan bulan ciptaan Tuhan ini. Moga rindu itu akan terus bersemadi bersama memori indah yang diciptakan dulu.

EX-EX


Hari ini aku bangun dengan semangat baru. Aku tidak punya rasa sakit hati lagi seperti semalam. Mungkin ada hikmah berlakunya semua ini. Dalam jam 4 pagi tadi aku ada menelefon dia. Sebab apa? Mungkin aku ingin menyampai kata-kata yang aku rela lepaskan dia pergi. Kata-kata terakhir lebih kurang. Kali ni dia mendengar dan ada ketika dia menyampuk.

 " Awak cakap banyak sangat malam ni kenapa? Nak putus, putus je la!".

Bukan apa, aku tidak mahu ada sengketa antara kami selepas ini. Sebab itu aku cakap banyak sangat mungkin. Aku katakan padanya yang aku tidak akan mencarinya lagi lalu dia katakan padaku, "Entah-entah, esok awak yang akan telefon orang dulu."

"Kita tengok siapa telefon siapa. Siapa cari siapa dulu." Aku membalas.

Katanya, "Kita tengok."

Selepas berbalas salam, aku meletakkan ganggang telefon. Dengan dada yang tenang, aku menyambung mimpiku kembali. Sebelum itu, aku ada menghantar mesej kepadanya mengatakan kepadanya supaya lebih matang dan cuba belajar hidup sendiri. Aku tidak rugi apa-apa dengan meninggalkan dirinya. Kerana apa? Aku masih ada apa yang aku ada sekarang. Dia? Entahlah. Aku tidak mahu katakan apa-apa lagi.

Aku sudah penat. Aku tahu dia masih belum matang. Anak bongsu la katakan. Masih bergantung kepada 'mummy' nya dan bermanja dengan kakaknya ditambah pula dengan aku yang selalu melayan kerenahnya kaya anak kecil. Sampai bila dia mahu matang. Tiada erti kata hidup berdikari buat dia. Yang dia tahu hanya  membuang masa melepak, berseronok, berseronok dan terus berseronok. Tidak pernah memikir erti tanggungjawab. Belajar entah ke mana. Kerja lagi entah ke mana.

Lain pula dengan aku. Tanggungjawab yang aku pikul menjadikan aku lebih matang. Sahabat aku juga ada menyatakan yang aku ini nampak benar sifat seperti anak sulung. Punya naluri keibuan. Mungkin dari kecil aku didik supaya boleh menjaga dan memimpin adik-adikku walaupun akupunya seorang abang. Seperti biasa lelakikan lambat matang. Aku juga perlu memikirkan pelajaran aku. Tanggungjawab di IPG membuat aku bisa hidup berdikari berbanding dengan dia yang hanya tahu lari pabila punya masalah. Tiada guna kita lari seperti pengecut. Masalah itu takkan hilang. Cuma ia pergi buat seketika dan akan kembali pabila kita juga kembali.

Buat si dia jadilah lebih matang. Bukan untuk diriku, bukan untuk orang lain tetapi untuk dirimu sendiri. Jangan mengharap cinta yang lepas. Kalau kita sudah lepaskan dia lepaskan sahaja. Hargailah orang yang berada di sisi kamu sekarang. Jika punya masalah dengan dia, jangan cari 'ex-ex' kamu hanya untuk melepaskan rasa. Tiada guna semua itu. Semua orang punya hati dan perasaan.Berhenti mainkan perasaan orang lain. Cuba kalau terkena pada dirimu sendiri.

Monday, October 29, 2012

PENGEMIS


Aku terkena lagi. Aku tak pernah membenci orang tetapi kenapa masih ada yang tegar sakitkan hati aku. Aku tidak tahu apa salahku. Aku terseksa. Jika aku tahu begini rasanya tidak akan aku terima untuk menjadi buah hatinya. Dia hanya memandang aku kerana harta, wang ringgit. Dia tidak pernah memikirkan perasaan aku. Aku dimaki dan dihina. Aku rasa seperti pengemis. Baru-baru ini, aku agak sukar untuk menghubungi dia kerana dia menutup telefon bimbitnya dengan alasan tiada bateri. Logik ke?? Aku benci sepupu dan mak cik dia. Aku tidak pernah membenci orang tetapi sekali aku tidak suka semestinya ada yang tidak kena. Aku banyak kali menghubungi sepupunya tetapi tiada berangkat dan mesej aku tidak berbalas. Aku bukannya terhegeh-hegeh, cuma aku risau dan aku rindu untuk mendengar suaranya walau cuma seketika kerana hampir seminggu aku tidak dapat menghubunginya. Tidakkah dia mengerti?? Mungkin kerana dia tidak tahu menghargai aku. Mungkin kerana dia tidak pernah rasa bagaimana jika dia berada di tempat aku. Dicaci, dimaki, dihina seperti pengemis. Aku melayan dia seperti raja tetapi dia cuma menganggap aku sebagai hamba.

Dia minta aku faham keadaannya tetapi dia langsung tidak pernah mengerti perasaanku. Aku menangis dan sakit di hati hanya tuhan yang tahu. Aku ingin sahaja meninggalkan dia tetapi aku tidak tahu mengapa begitu sukar. Mungkin kerana terlalu banyak kenangan yang kami ciptakan. Aku sudah penat bergaduh, penat bertekak. Aku sudah penat! Semua kemahuannya aku turuti. Sedikit pun tidak pernah aku katakan tidak. "Awak saya perempuan. Saya tidak kuat. Saya terima awak dalam perhubungan ini kerana saya tahu awak boleh membahagiakan saya. Kita saling membahagiakan tetapi saya tidak tahu mengapa begini akhirnya."

Aku merasakan seperti orang bodoh. Tatkala aku memerlukan dia , dia membuang aku dan kembali tatkala aku punya wang ringgit. Tegarnya dia. Aku jauh lebih baik. Kenapa aku memilih dia bukan lelaki lain yang setaraf denganku? Ramai lagi yang menanti aku tetapi aku masih memilih dia. Kerana apa? Tidakkah dia berasa cukup bertuah memiliki aku? Seorang wanita yang sanggup berulang-alik dari Seremban ke KL dan kadangkala dari Melaka. Aku jauh lebih baik. Aku tundukkan kemahuannya. Aku sanggup demi berjumpa dengannya. Aku sanggup memalukan diriku menghubungi keluarganya ketika dia menutup telefon sekian lama. Aku malu. Bukan ini yang aku inginkan tetapi kerana dia aku biarkan sahaja.

Aku dihina, dimaki, diperli kadangkala oleh orang lain aku diamkan sahaja. Aku tidak tahu apa yang dia mahukan. Setitik air mataku tiada nilai buatnya. Yang penting baginya hanyalah wang ringgit. "B orang korbankan segalanya untuk awak. Meredah kesunyian malam seorang diri tanpa memikirkan bahaya hanya untuk berjumpa dengan awk. Tetapi awk sanggup melihat orang menangis dan mengemis kerana ingin mencari awak. Awak sanggup melihat orang lain menghina buah hati awk sendiri. Awak sanggup! Orang rasa sungguh terhina. Tiada perempuan yang akan lakukan sebagai mana orang lakukan pada awak."

 Kisah sahabat aku yang ditinggalkan kekasih tidak menjadi pengajaran langsung buat awak
Mungkin dia akan berasa kehilangan pabila aku sudah tiada lagi di sisi dia. Aku harap suatu hari nanti dia akan rasa apa yang aku rasa. AKu tidak akan mengemis lagi. Bila aku sudah berjaya dengan mata kepala aku sendiri, aku mahu melihat dia mengemis. Sekarang dia boleh bergembira dengan sepupu dan mak cik dia yang ' baik hati' tu. Tapi sampai bila?? Lambat laun dia perlu keluar daripada rumah itu. "Mereka hanya menjadikan awak hamba sahaja. Setelah mereka berjaya, awak akan dicampakkan keluar. Kesian awak." Siapa yang awak perlu cari?? Keluarga?? Mungkin mereka sudi menerima. Aku? Aku sudah tiada lagi. Hiduplah engkau dalam dunia engkau sendiri. Aku hanya mampu melihat engkau menangis dan mengemis untukku. Itu selayaknya kerana ketika aku perlukan engkau, engkau melayanku seperti sampah. Sedangkan aku yang sentiasa bersamamu. Tetapi itu dulu. Bukan sekarang. Maaf, saya tidak mahu menjadi pengemis lagi.