http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Followers

Tuesday, October 30, 2012

EX-EX


Hari ini aku bangun dengan semangat baru. Aku tidak punya rasa sakit hati lagi seperti semalam. Mungkin ada hikmah berlakunya semua ini. Dalam jam 4 pagi tadi aku ada menelefon dia. Sebab apa? Mungkin aku ingin menyampai kata-kata yang aku rela lepaskan dia pergi. Kata-kata terakhir lebih kurang. Kali ni dia mendengar dan ada ketika dia menyampuk.

 " Awak cakap banyak sangat malam ni kenapa? Nak putus, putus je la!".

Bukan apa, aku tidak mahu ada sengketa antara kami selepas ini. Sebab itu aku cakap banyak sangat mungkin. Aku katakan padanya yang aku tidak akan mencarinya lagi lalu dia katakan padaku, "Entah-entah, esok awak yang akan telefon orang dulu."

"Kita tengok siapa telefon siapa. Siapa cari siapa dulu." Aku membalas.

Katanya, "Kita tengok."

Selepas berbalas salam, aku meletakkan ganggang telefon. Dengan dada yang tenang, aku menyambung mimpiku kembali. Sebelum itu, aku ada menghantar mesej kepadanya mengatakan kepadanya supaya lebih matang dan cuba belajar hidup sendiri. Aku tidak rugi apa-apa dengan meninggalkan dirinya. Kerana apa? Aku masih ada apa yang aku ada sekarang. Dia? Entahlah. Aku tidak mahu katakan apa-apa lagi.

Aku sudah penat. Aku tahu dia masih belum matang. Anak bongsu la katakan. Masih bergantung kepada 'mummy' nya dan bermanja dengan kakaknya ditambah pula dengan aku yang selalu melayan kerenahnya kaya anak kecil. Sampai bila dia mahu matang. Tiada erti kata hidup berdikari buat dia. Yang dia tahu hanya  membuang masa melepak, berseronok, berseronok dan terus berseronok. Tidak pernah memikir erti tanggungjawab. Belajar entah ke mana. Kerja lagi entah ke mana.

Lain pula dengan aku. Tanggungjawab yang aku pikul menjadikan aku lebih matang. Sahabat aku juga ada menyatakan yang aku ini nampak benar sifat seperti anak sulung. Punya naluri keibuan. Mungkin dari kecil aku didik supaya boleh menjaga dan memimpin adik-adikku walaupun akupunya seorang abang. Seperti biasa lelakikan lambat matang. Aku juga perlu memikirkan pelajaran aku. Tanggungjawab di IPG membuat aku bisa hidup berdikari berbanding dengan dia yang hanya tahu lari pabila punya masalah. Tiada guna kita lari seperti pengecut. Masalah itu takkan hilang. Cuma ia pergi buat seketika dan akan kembali pabila kita juga kembali.

Buat si dia jadilah lebih matang. Bukan untuk diriku, bukan untuk orang lain tetapi untuk dirimu sendiri. Jangan mengharap cinta yang lepas. Kalau kita sudah lepaskan dia lepaskan sahaja. Hargailah orang yang berada di sisi kamu sekarang. Jika punya masalah dengan dia, jangan cari 'ex-ex' kamu hanya untuk melepaskan rasa. Tiada guna semua itu. Semua orang punya hati dan perasaan.Berhenti mainkan perasaan orang lain. Cuba kalau terkena pada dirimu sendiri.

No comments:

Post a Comment