http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Followers

Sunday, October 28, 2012

DIA ADALAH AKU


Aku menangis tiada siapa yang tahu. Aku berkorban segalanya , semua itu bagai tiada erti. Aku tahu aku wanita yang kuat. Kadang-kadang air mata ini tumpah juga. Mengenangkan kerinduan pada keluarga, pengorbanan mereka semuanya amat bermakna buatku. Kerinduan buat si dia. Rinduku padanya hanya Tuhan yang tahu. Tetapi apakan daya, saat aku bergolak berperang menghadapi 'final exam' aku diuji lagi. Aku dicampakkan pergi dengan alasan dia 'jiwa kacau'! Serabut! Dia mahu bersendirian. Aku???

Tatkala aku bersendiri tanpa keluarga, punya masalah yang selama ini dia sahaja yang tahu dan dialah tempat aku berkongsi aku dicampakkan lagi. Dia bersama seorang 'mak cik' yang kadang-kadang membuat aku sakit hati. Dia mencampakkan aku dan menjadi pengikut 'mak cik' itu. Dah macam anak ikan. Menyampah aku dibuatnya. Aku kekasihnya tetapi dia tiada masa buatku. Aku pernah bertanya pada dia, "Awak nak teruskan lagi hubungan ni atau tak?" "Nakla!" ,dengan kasar dia menjawab dan ganggang telefon terus diletakkan. Aku terdiam di situ. Hendak menangis? Menangis pun tiada guna. Tangisan itu tak bererti apa-apa buat si dia dan hanya membuatkan aku jadi lebih sakit. Tetapi aku tidak pernah serik. Aku tercabar kerana aku tahu apa yang dia mahukan. Aku mengerti walaupun kadangkala aku tidak menunjukkan padanya bahawa aku faham apa yang dia mahu.

\Orang kata cinta boleh wujud dari jauh. Dengan doa keharuman cinta itu akan sentiasa terjaga. Tetapi dengan mamat seekor ini tak payahla nak cinta jauh-jauh. Jarak 65kM yang memisahkan aku dengan dia pun sudah cukup mengajar aku bersabar. Kalau aku lelaki dah lama aku hantar rombongan meminang dan kahwin dengan dia tetapi masalahnya aku perempuan! Zaman IT ni memang boleh perigi cari timba tetapi ada kesulitan di situ iaitu wali aku tidak membenarkan aku berkahwin selagi aku belum habis belajar. Lagipun ayah mesti nak calon menantu yang terbaik untuk anaknya. Tetapi aku telah mengecewakan ayah kerana aku bukan yang terbaik. Minta maaf ayah.

Buat si dia, duit bukanlah segalanya Kekayaan yang dikejar tidak memugkin kita bahagia. Awak masih boleh lagi tersenyum kerana awak tahu saya masih menanti. Tetapi ingin saya katakan tahap kesabaran saya hampir mencecah 100 darjah dan saya hanya menunggu masa melangkah pergi. Saya masih boleh bersabar mengenangkan kenangan manis yang kita ciptakan dan impian yang kita idamkan. Saya tidak kejam seperti awak. Sebanyak mana lontaran hina yang awak berikan pada saya, saya masih boleh bertahan. Kerana apa?? Cinta?? Kasih?? Kerana awak adalah saya. Kerana awak sebahagian daripada hidup saya. Biarpun siapa yang mencampak awak tidak kisahlah kawan atau keluarga, saya akan sentiasa bersama awak. Mengutip sisa-sisa cengkerang di pantai dan meletakkan ia sebagai hiasan di taman hati ini. 

Biarpun ada teman yang memahami dia dahulu tetapi mereka tidak memahami dia sebagaimana aku. Aku melihat dia  sakit, melihat dia menangis, melihat dia lelah setelah pulang dari kerja,  melihat dia membuka mata tatkala dia bangun dari tidur, menemani dia berjalan di dalam hujan lebat yang penuh dengan guruh dan petir,  ditengah panas terik, berkongsi sesuap nasi, melihat dia tersenyum bahagia sambil menjamah burger samurai, melihat dia meminta aku membelikannya 'mcflurry' seperti budak kecil dan kami berkongsi segalanya. AKU! Aku yang melihat dia jatuh dan bangun. Aku! Kerana itu aku tidak tergamak membiarkan dia terkontang-kanting di kemudian hari  walaupun kini dia sedang berbahagia kerana dia adalah aku. Biarlah aku menderita kerana aku mahu melihat dia bahagia. Biarlah aku menderita hanya untuk dia kerana aku masih punya fikiran yang waras. Walaupun aku derita, aku masih perlu berjuang untuk cita-citaku, untuk keluargaku dan untuk orang yang menyayangi. Aku tidak lupa semua itu. Aku tidak mahu ada yang bercerita dan mengatakan aku ini bodoh. Kerana aku sahaja yang memahami apa yang aku rasa. Aku sayang dia sehingga satu detik yang aku sendiri tidakpasti dan aku berdoa dia akan kembali seperti dahulu. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment