http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Followers

Thursday, October 18, 2012

KAMEK SAYANG KITAK


Seharian penat menguruskan majlis Bicara Karya anjuran IPG aku kembali menghadap komputer riba adik sebilikku. Merenung keluar jendela aku teringatkan si dia. Rindu aku padanya. Semalam dia semacam merajuk denganku lantas aku tidak dapat menghubunginya lagi selepas itu. Aku tahu rajuknya tidak akan lama. Perkara kecil sahaja. Aku biarkan sahaja dia bersendiri buat seketika. Nanti segalanya akan pulih seperti biasa kerana antara kami ada rasa kasih dan sayang itu. Aku sudah memahami keletah si dia buah hatiku.

Sambil terkenangkan si dia , aku teringat akan sahabat yang aku baru kenali di laman muka buku. Mungkin apa yang dia alami sekarang lebih teruk daripada apa yang aku alami. Di sini aku ingin coretkan kisah cinta sahabatku dengan kekasihnya. Atas dasar ingin membantu dan menguatkan semangatnya, aku ingin menghulurkan sedikit bantuan yang tidak seberapa ini buat sahabatku nun jauh di Kuching, Sarawak atas permintaanya sendiri. Kebetulan tempat tinggal sahabatku itu sama dengan  tempat kelahiran buah hatiku iaitu di Kuching. Buat sahabat, janganlah engkau bersedih. Percayalah pada jodoh dan ingatlah kepada Tuhan. Cinta yang sejati hanya milik Dia yang berkuasa. Kitak perlu teruskan perjuangan hidup kitak ya. Sik mahu bersedih lagi.

Aku mengenalinya di sebuat pusat latihan kemahiran sekitar tahun 2009. Pertama kali aku memandangnya jantungku berdegup kencang dan aku merasa dia lah untukku. Tetapi aku malu untuk meluahkan apa yang aku rasa padanya. Siapalah aku ini buatnya. Mungkin ketentuan Tuhan, pada suatu hari, dia meminta aku menghantarnya ke suatu tempat. Sejak itu, kami mula rapat. Kejujurannya membuatkan aku semakin jatuh hati dan dengan keakraban kami aku mengetahui bahawa si dia bukan seagama denganku, Islam. Kerana kasih dan cinta aku teruskan juga hubungan ini. Bagiku perbezaan agama bukan halangan kerana satu ketika nanti aku akan mebimbingnya mengenali agamaku.

Setahun kemudian aku dan dia semakin bahagia walaupun pelbagai rintangan yang terpaksa kami tempuh. Akhirnya, kami mendapat restu keluarga. Tiada apa yang dapat memisahkan kami sehingga satu saat aku sudah nampak keretakkan dalam hubungan aku dan dia. Sekitar tahun2012, dia memberitahu bahawa dia ingin pulang ke Sabah dan mencari kerja di sana kerana ingin menjaga adiknya. Kerana kepercayaan dan rasa cinta aku lepaskan dia pergi. Aku relakan dia pelang ke kampung halamannnya walaupun jarak tempat tinggal dia dan aku sangat jauh. Itu kehendaknya dan aku tidak memaksa.

Setelah dia pulang ke Sabah hubungan kami terasa terlalu hambar. Dia seolah-olah melarikan diri. Di sana aku tahu dia ada keluar meluangkan masa dengan orang lain tetapi aku tidak cemburu kerana aku percaya terhadap kejujurannya. Selepas Hari Raya Aidilfitri yang baru berlalu ini, aku melamarnya untuk dijadikan suri di hatiku. Dia menolak dengan alasan dia tidak mahu berpisah dengan keluarganya. Aku menghubungi ibunya untuk meminta kebenaran dan ibunya baik-baik sahaja. Aku keliru! Aku tidak tahu apakah yang diinginkan sebenarnya. Jika dia menjadi isteriku nescaya akn aku bekalkan ilimu agama buatnya kelak.

Tidak lama selepas itu, dia meminta perpisahan. Aku rasa seperti nyawaku telah dicabut keluar dari tubuhku. Ya Allah, kuatkanlah semangatku. Aku meminta alasan mengapa dia mahukan perpisahan. Katanya dia sayang padaku. Kerna Sayang itu, dia mahu kami berpisah. Dia tidak mahu aku menderita hidup dengannya. Bagai batu yang menghempap kepala, aku menjadi semakin bingung. Aku sedia korbankan apa sahaja untuk hidup dengannya tetapi mengapa akhirnya begini??

Aku mendapat berita yang amat mengecewakan buatku. Khabarnya dia akan berkahwin hujung tahun ini ! Yang pastinya bukan denganku. Aku pasrah. Tetapi yang pasti aku fobia akan cinta. Aku takut! Semua ini seperti mimpi ngeri buatku. Aku ampir putus asa untuk hidup tetapi kerana Dia yang lebih berkuasa aku tabahkan hati. Semoga dia berbahagia. Aku bahagia melihatmu bahagia sayang. Jika kau bisa mendengar bisikan hatiku, aku sayang padamu. Sayangku tidak akn pudar hingga ku mati. Aku tidak akan lupa setiap detik dan kenangan yang kita habiskan bersama sayang. Hanya masa yang menentukan.







No comments:

Post a Comment